3

Semanis Kurma ~ Bahagiakah Tanpa Zuriat? PART1

23:58 |
Assalamualaikum semua.Alhamdulillah dapat sekali lagi berkongsikan topik malam ini.Kehidupan kite sendiri memang dikelilingi kawan,jiran dan ahli keluarga,yang masih belum mempunyai zuriat.Semoga rakan blogger yang berhadapan situasi yang sama,banyakkan bersabar ya :)

Jarang orang bila bertemu kawan..dia bertanya " Owh berapa banyak duit kau sekarang?"~"Rumah kau dah berapa banyak".Tetapi kawan2 akan bertanya "Wah,lama tak jumpa.Kau dah berapa orang anak?".Memang dah macam satu soalan 'wajib tanya' tiap kali bertemu kawan dan sedara-mara.

Khamis 22 Disember 2011

Semua manusia diuji Allah SWT.Kita sejak dari bayi lagi baru saja keluar dari rahim ibu,baru saja bernafas 1 minit,dah menangis sebab diuji Allah dengan rasa tak selesa di alam baru.Semua menerima ujian yang pelbagai.Ada yang diuji takda anak,ada yang kahwin cepat pulak dapat anak,ada yang kahwin 2-5 tahun baru dapat anak,ada yang langsung tak dapat2 anak.

Nak cari bahagia bukan setakat ada anak.

  • Ada orang yang sakit merasa sihat itu bahagia 
  • Ada orang yang miskin merasa kaya itu bahagia
  • Ada orang yang kurus merasa gemuk itu bahagia
  • Ada orang yang gemuk merasa kurus itu bahagia
  • Ada orang yang takda zuriat merasa..ada zuriat itu bahagia
Panel jemputan-->
Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang

Ustaz Syed-->Ada orang kahwin tak dapat anak.Ada kahwin dapat anak tapi anak jantung berlubang.Ada tu dapat anak,tapi anak dah besar jadi penagih dadah,ada anak yang biarkan mak bapak.Ada juga yang putus tunang,tunang lagi,putus tunang dan tak juga kahwin2..itu semua qada' & qadar.Berpeganglah pada Rukun Iman.Kahwin takda zuriat salah satu ujian Allah.Sabar teruskan kehidupan.Ada Nabi yang Allah tak kurniakan zuriat tapi Nabi bahagia.Laluilah penuh kesabaran dan teruskan ikhtiar.

Ustazah-->Semoga penonton sejuk hati malam ini sebab kami akan berikan doa dan petua.Jangan anggap ini penamat kehidupan.Ada yang tanya ustazah,dia dah bertahun berdoa,namun masih belum dikabulkan Allah.Rasa tension macam nak mati!

Pak Haji baca akhbar
Bila diuji banyakkan bersabar

Pasangan suami isteri yang sudah 5 tahun berkahwin dan belum dikurniakan zuriat


Yaz-->Dah masuk 5 tahun kahwin baru 'clear'.Tak stress macam dulu.Redha,dah cuba,dah berusaha namun belum ada rezeki.

Izzat-->Kalau kawan tanya saya akan kata "Belum puas lagi honey moon"

Ustaz Syed-->Kenalah redha dan bersabar.Islam juga suruh cari penyelesaian.Ada 2 cara:

  1. Berbentuk fizikal : Berurut,makan ubat,pil hormon,IUI,bayi tabung uji dan sebagainya.
  2. Jangan lupa berdoa pada Allah.Doa senjata orang mukmin.Contoh paling hebat ialah Nabi Zakaria AS.Isterinya tidak boleh mengandung.Saya nak semua penonton yang tak mempunyai zuriat,atau anak perempuan/menantu dan ahli keluarga tak ada zuriat,amalkan doa ini;
Doa Surah Al-Imran ayat 38 ~ ini doa Nabi Zakaria

Sebaik-baiknya,jangan cari siapa yang salah(punca tak boleh ada zuriat).Ada yang sperma tak bermutu,tiub fallopian tersumbat dan sebagainya.Fokus pada penyelesaian bukan sapa yang salah!Biasanya orang perempuan yang lebih berat nak hadapi pertanyaan orang sekeliling.Suami pun sebelum nak perli isteri,jagalah hati isteri.Ingat mana tau kot perkara ini boleh berlaku pada kakak/adik perempuan kita ke.....mungkin pada anak perempuan kita ke?

Pemanggil-->Raja Anita,Rawang ~ Sepupu saya dah kahwin 18 tahun tapi masih macam couple yang baru kahwin!Mereka tak kisah dah apa orang kata,tohmahan...diorang selamba je.Pelik juga sebab suami dia tak cari spare part.Diorang memang redhalah.

Ustazah-->Ustazah dapat rasa dalam jiwa diorang ada sifat takwa yang tinggi.Satu saat satu ketika Allah akan beri rezeki yang tak terhingga.

Pancing siakap dekat jeti
Bila bercakap janganlah menyakiti hati

Ustazah-->Ini syair Arab yang telah diterjemahkan (maaf kalau tak lengkap,Ustazah cakap laju sangat ^^)

Walaupun perjuangan akan lama;
Jika engkau bersabar dan tak pernah berputus asa;
Pasti engkau akan melihat kebebasan dari kesusahan;
Setelah banyak orang yang bersabar akhirnya
dia sampai kepada yang dicita-citakan;
Seperti orang yang terus-menerus mengetuk pintu;
Lama-kelamaan dia dapat masuk ke dalam rumah.
Jadi maknanya kalau kita bersabar,bunga2 kesabaran itu Allah akan beri rezeki yang melimpah ruah kepada kita semua.


Jumpa lagi di PART 2..............



Nak kongsi pendapat?Dialu-alukan di kotak komen.Tak nak komen pun tak apa.Tekan LIKE pun boleh ngee ^*










3 comments

23/12/11 10:40

Semalam tengok jugak semanis kurma, menitik air mata bila part soal anak, walau kami dah berkahwin 2 thn, tp zuriat masih dinanti..

23/12/11 16:55

@Myra Jay

sabar ye sis.kite pun ada kawan,jiran,sepupu yg masih tak ada zuriat.insya Allah semoga segala urusan dipermudahkan Allah amin...

20/11/12 14:57

lagi beberapa hari lagi genap usia perkahwinan saya 2tahun, masih menanti kehadiran cahaya mata

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...