15

Semanis Kurma ~ Bahagiakah Tanpa Zuriat? PART 2

01:27 |
Sambungan dari PART 1


Ustazah-->Difahamkan,setelah Yaz & Izzat kahwin 2 tahun,baru terasa ada kekurangan?


Yaz-->Kami jumpa pakar.Check husband,check isteri,dua-dua check,buat teknik IUI.Tahun ke-2 memang kami buat rawatan moden.Sambil tu buat juga tradisional seperti berurut.Kami berbincang step mana dulu nak buat.

Ustaz-->Orang mesti selalu tanya tentang anak,apa perasan?

Ustazah-->Kadang2 tanya macam nak perli pulak.Macam mana hadapi?

Izzat-->Rasa takda apa pun.Yang penting kami bahagia.

Ustaz-->Rasa tak kecil hati ke,tersinggung ke?

Izzat-->Kalau yang tanya tu,orang yang baru kenal...saya akan kata kami baru kahwin.Tapi bagi kawan yang dah tau,kami kata nak honey moon lagi.

Ustazah-->Pernah tak kongsi soalan2 yang orang tanya...berbincang tentang rasa geram ke...bengkek ke..?

Yaz & Izzat-->Oh tak pernah.

Ustaz-->Ya takut tanya nanti kecilkan hati pasangan.Biarlah rahsia.

Pemanggil-->Mohd Azli,Kedah ~ Saya harap pasangan ini bersabar.Saya nak tanya kadang2 orang ambil anak angkat.Masalahnya akan timbul masalah aurat dari belah suami/isteri.Bagaimana kita nak elakkan?

Ustaz Syed-->Terima kasih dengan soalan ini.Ini antara 'solution' pasangan yang takda zuriat.Ada yang sampai 'aura' bila ambil anak angkat,si isteri mengandung.Ada syarat-syarat dalam Islam:
  1. Diambil bayi itu usia bawah 2 tahun
  2. Bayi itu mesti menyusu mak angkatnya 5 kali kenyang
  3. Masalah 'BIN' ~ haram 'Bin' kan pada bapa angkat
~Kalau mak angkat(si isteri) tak boleh nak keluarkan susu,boleh berusaha dapatkan nasihat doktor muslim(diharuskan).Tak kisah berubat secara moden/tradisional janji takda 'side effect'
~Boleh bayi lelaki disusukan pada kakak si isteri
~Boleh bayi perempuan disusukan pada kakak si suami
~Tapi lebih baik susukan sendiri



Ustaz-->Ada yang rasa,kahwin takda zuriat...tak bahagia.

Ustaz Syed-->Ramai orang tak tau apa sebenarnya bahagia,gembira?Ada yang ingat anak,harta banyak,pangkat besar.Tapi ada yang ramai anak tak bahagia.Harta banyak,tak bahagia.Tertarik dengan caller tadi Anita cerita tentang sepupunya.Kebahagiaan bukan di hujung tapi di sepanjang perjalanan nak cari zuriat,ikhtiar,ingat Allah.

Firman Allah dalam surah Al Baqarah, ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”

Mungkin tak dapat anak dalam masa 5 tahun....sebab Allah tau mungkin kita tak mampu nak uruskan anak.Bagaimana & bila Allah nak perkenankan,itu kerja Allah.Semoga bahagia selagi hayat dikandung badan.

Pemanggil-->Norhayati,Putrajaya ~ Saya terbaca dalam buku pengamal perubatan Islam.Keturunan yang ada saka,tak akan perolehi zuriat.

Ustaz Syed-->Saka tu harta pusaka(bergurau).Ada yang terkena saka dari nenek moyang tapi ada anak.Tak dinafikan faktor sihir & pengkhianatan akan sebabkan takda selera nak bersama dengan pasangan.Kalau bersama,bila check doktor kata takda masalah tapi tetap tak boleh mengandung.

Ustazah-->Banyakkan berusaha,ikhtiar untuk rawat gangguan tersebut sama ada saka ataupun sihir.

Setelah usaha namun belum dapat rezeki,adakah Yaz & Izzat berserah atau masih berusaha?

Yaz-->Nak isi ruang kosong saya sambung belajar.Insya Allah habis belajar,nak sambung balik sesi rawatan.Dan kami akan sentiasa usaha.

Cuaca redup makan laksa
Dalam hidup janganlah putus asa

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa memperbanyak istighfar, nescaya Allah akan menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar, dan untuk setiap kesempitannya kelapangan, dan Allah mengurnianya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya“. (HR.Ahmad).

"Abu Hanifah Rah. meriwayatkan di dalam musnadnya dari Jabir Bin Abdullah R.A bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya; "Ya Rasulullah, sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi oleh seorang anak pun".Nabi s.a.w pun menjawab dengan sabdanya;

Di mana(keadaan) engkau dengan banyak ISTIGHFAR dan banyak BERSEDEKAH, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati(anak)"
Mintalah ampun pada Allah,banyakkan bersedekah.Bila kita tunaikan hajat orang,Allah akan tunaikan hajat kita.


Yaz & Izzat-->Kami berharap semoga Allah perkenankan doa kami.Kami berharap juga doa2 dari penonton,kami dikurniakan zuriat.

Aminnnnnnn.................

Ustaz-->Mana tau sekali dapat anak kembar ke,atau anak berderet-deret untuk cover balik tahun2 sebelum ni.Sebab Allah tau segala hikmah di sebaliknya.

Bagaimana nak kekalkan rumah tangga untuk pasangan yang belum mempunyai zuriat?

Ustaz Syed-->Hadirilah majlis ilmu.Peringatan kepada orang yang suka perli,kutuk dan suka bertanya kepada pasangan yang takda anak.Seperti "Eh!Adik kamu dah ada anak,kamu yang kahwin dulu dari dia,bila lagi?".Kita dok perli orang,apa yang kita ada tak nak pulak jaga!Hargailah mereka.Kita tukar topik,jangan cerita bab anak.Jaga hati,kita doakan mereka.Bagi yang berduit,kita sponsor mereka buat rawatan.Ada pasangan yang usaha berdoa depan Kaabah.

Ustazah-->Sebelum nak hubungi seseorang kat Facebook dll,cuba fikir adakah soalan yang nak ditanya itu akan aibkan orang,sebabkan orang itu tersinggung?Kalau kita singgung perasaan orang,aibkan orang,kita berdosa!

Tips untuk malam ini:
1~Jangan dengar perkara negatif
2~Saling sokong-menyokong--->suami dan isteri sayang-menyayangi
3~Amalkan petua-->Rajin minum air suam + madu lebah asli
                           -->Bersedekah setiap hari Jumaat
                           -->Baca surah Al-Waqiah selepas solat Subuh
                           -->Baca surah Al-Mulk selepas solat Maghrib
                           -->Banyakkan sedekah pada bayi baru lahir

Doa untuk mendapatkan zuriat.Bukan setakat mendapatkan zuriat saja.Mudah-mudahan mendapat anak yang sejuk mata memandang,soleh & solehah.Hati ikhlas pasti terbalas.



Nota Comel-->Alhamdulillah semoga perkongsian kali ini dapat membantu rakan2 yang masih belum bergelar ibu dan bapa.Blog ini juga ada dikongsikan 1 Hari 1 Zikir dan semoga rakan2 boleh memilih zikir yang sesuai diamalkan untuk mendapatkan zuriat.Insya Allah amin.


P/S-->Tiba-tiba teringat pula drama Tentang Dhia lakonan Nora Danish & Ady Putra.Sebab sihirlah tak dapat zuriat.


Nak kongsi pendapat?Dialu-alukan di kotak komen.Tak nak komen pun tak apa.Tekan LIKE pun boleh ngee ^*

15 comments

23/12/11 08:33

kesiankan apabila mereka yg dah berkahwin lum dikurniakan zuriat.. dugaan dorg makin byk....

syukur kpd tuhan sbb saya dikurniakan ank yg awal..

23/12/11 08:55

@IntaNBerliaN

samalah kite juga kata org bunting pelamin...terus dapat anak kembar alhamdulillah :)

23/12/11 10:44

Mohon nak syer di blog saya ye, boleh?

23/12/11 10:52

bgs topik kali ni sebab kena kat diri sendiri. da hampir 3 thn kawin msh xda anak lagi. mungkin faktor bjauhan pun salah satu sebab, tp yg nyata blm ada rezeki. nsb keluarga sendiri dan keluarga mertua memahami.

23/12/11 16:06

simpati saya pd pasangan ni,tp kita sbg hamba jgn berhenti berusaha dan berdoa..smga Allah kurniakan zuriat pd pasangan ini,kebetulan sy juga tringin nk anak kecik lg,mudah2an Allah juga perkenankan doa sy utk memiliki ank kdua,amin.

23/12/11 16:40

@Myra Jay

alhamdulillah boleh silakan ye :)

23/12/11 16:45

@lynna

sabar ye sis lynna.semoga topik kali ini dapat sis amalkan :)kite doakan sis dan hubby dikurniakan cahaya mata yg sihat,sempurna,soleh & solehah amin...

23/12/11 16:53

@nisa

insya Allah sis Nisa,Allah lebih mengetahui mana yg terbaik utk sis dan hubby :)

26/12/11 00:01

wah best2 jgk topik semanis kurma ni ek..ciktom jrg tgk..Allah tu maha adil..insyaAllah stiap apa yg terjadi tue ada hikmah tsembunyi..

26/12/11 17:47

terima kasih sahabat share kt sini... saya jarang tgk tv kebelakangan ni...sibuk manjang dgn prgram2...

26/12/11 19:15

assalam kak aleasara....

mohon izin share intipati blog kak aleasara ni dalam blog saya ye? Saya tak berpeluang menonton rancangan ni tempohari. Bila terbaca intipati rancangan tersebut dalam blog akak ni, rasa tersangat rugi tak mendengarnya sendiri.

Wassalam...

27/12/11 09:06

@BaTiK_PiNk

SALAM KEMBALI.OHW SILAKANLAH SHARE SEMOGA PERKONGSIAN INI DPT MENAMBAHKAN ILMU SEMUA :)

27/12/11 09:08

@abuikhwan

SAMA2 :)

INI PUN DH JRG DPT UPDATE SEMANIS KURMA SEBAB NAK FOLLOW TIAP2 MGU....JENUH GAK NAK SALIN NOTA SAMBIL 'SNAP' GAMBAR KAT TV NGEEE ^^

27/12/11 09:08

@CIK TOM

SALAM CIK TOM OWH TAKPE NANTI KALAU KITE FREE,KITE CUBA UPDATE SETIAP EPISOD YE ^^

30/12/11 10:26

mohon share d blog saya yerr

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...