0

SEMANIS KURMA~Perlukah Sekufu?

21:08 |
Assalamualaikum...alhamdulilah hari ni 2 DISEMBER 2011 bertambah lagi usia kite.Semoga doa emak kite yang tersayang dikabulkan Allah SWT;

Di HARI LAHIRMU,semoga dikurniakan iman yang sempurna,akhlak yang terpuji,pekerti yang mulia,umur yang bermanfaat,rezeki yang halal,ilmu yang berguna,jodoh yang membahagiakan,hidup yang dirahmati di dunia & akhirat.Aminnnnn :)

Alhamdulillah semalam (01 Disember 2011-Khamis) berkesempatan tengok Semanis Kurma dan tajuknya ialah PERLUKAH SEKUFU.Suka tengok panel jemputan iaitu Yg Berbahagia Ustaz Badli Shah Alauddin,Ina Naim & suaminya,Suhaimi.Lembut dan manis je muka Ina sejak bergelar ibu.

Ina Naim

Best tajuk perbincangan malam tadi


Antara yang dibincangkan ialah;

Sekufu hanyalah ungkapan orang tua yang nak cari persamaan,pasangan yang sepadan dari segi pendidikan,kecantikan,pangkat,keturunan,agama dll.Kufu hanya lebih ditekankan pada pihak lelaki.Pihak perempuan tak apa lagi.Sekufu ni lebih kepada mencari persamaan seperti ungkapan orang zaman dulu;

"Berdiri sama tinggi,duduk sama rendah"..."Bagai pipit sama pipit; enggang sama enggang"..."Bagai pinang dibelah dua"..."Bagaikan cincin dengan permata".Ada suami yang taraf pendidikannya lebih rendah dari isteri.Maka suami kenalah berusaha tingkatkan diri,sentiasa motivasi diri untuk berubah lebih bagus dan berjaya.


Bagi pasangan yang tak sekufu,perlulah jaga iman dan takwa.Kena tolak ansur,sedia berkorban untuk tingkatkan taraf hidup.Lelaki perlu ada 3 RAS:

1-->beRAS
2-->keRAS
3-->waRAS

Beras-->lelaki sebagai suami perlu memastikan isteri dan anak2 terjaga makan minum mereka.
Keras-->suami sebagai ketua keluarga perlulah kuat dan tidak putus asa memimpin keluarganya.
Waras-->suami perlulah bijak dalam setiap keputusan yang dibuat untuk keluarganya.


Ada penonton yang bertanya bagaimana pula "lelaki yang baik untuk perempuan baik,lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat?".Ustaz kata sebab itulah masa muda dan bujang,perlulah menjaga tingkah laku,hindari zina dan maksiat.Supaya ditemukan jodoh yang sesuai dan baik juga.Jagalah perangai masa muda supaya dapat pasangan yang hampir sama dengan dirinya.Lagi bagus jika dapat pasangan yang lebih kurang 15 persamaan dengan diri kita seperti hobi,kemahiran dan sebagainya.Pasangan ibarat seperti kita melihat cermin.Bila kita angkat tangan kanan,takkanlah kita nak paksa pantulan di cermin tu angkat tangan kanan juga.

Dah tentulah pantulan tu angkat tangan kiri.Itulah perumpamaan dalam hidup berpasangan.Kita tak boleh paksa pasangan angkat tangan kanan(ikut kehendak dan cakap kita),sebab manusia itu berbeza.Perbezaan itu angkat mencetuskan rasa kasih sayang dan sama-samalah cuba mencari persamaan dan amalkan sikap give & take.

Sebelum Semanis Kurma mengakhiri rancangan,Ustazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah memberikan tips dari perkataan H.A.R.M.O.N.I : 

H-->Hormat antara satu sama lain
A-->Ambil berat tentang nafkah
R-->Ramah mesra dengan pasangan
M-->Makan bersama ada keberkatan
O-->Ok selalu jangan K.O
N-->Nikmat bila ada suami/isteri,anak2
I-->Istiqamah dalam kasih sayang,dalam melakukan ibadat & amal kebaikan

Senoga HARMONI dunia & akhirat untuk semua pasangan amin....


Seperti biasa ada ayat dari surah yang terpilih.Semoga dengan mengamalkannya,rumah tangga aman damai dan harmoni berkekalan walaupun anda di antara pasangan tak sekufu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...