4

Sinopsis Episod Akhir Tentang Dhia ~Part 2

21:42 |




Dhia terkejut mendengar bunyi bising di tingkat bawah

Dhia menafikan kata-kata kawannya yang dia menderita.Dia masih mengatakan hidupnya bahagia.Bahagia di sisi suami yang dicintainya,Zikir.

Dhia tetap dengan keputusannya membenarkan Zikir berkahwin.Katanya "Cinta tanpa restu ibarat jasad tanpa nyawa".Dhia nak Zikir dengar kata-kata ibunya,Ku Salmi.

 Rela dalam terpaksa
 Rose bahagia akhirnya bergelar isteri Zikir
Namun Zikir menyesal berkahwin dengan Rose.Lalu dia pulang untuk bersama insan yang sungguh dicintainya,Dhia.

 Keesokan pagi,Rose datang mengamuk memarahi Zikir kerana meninggalkannya di malam pertama.

 Terbongkar juga akhirnya...Rose & Ku Salmi sama2 kuat bomoh 


 Dhia cuba menerangkan perkara sebenar dan memujuk Rose

 Akibat ditolak Rose,Dhia tiba2.......
rebah......
 Di hospital,Melly terus bongkarkan rahsia,kenapa Dhia tak nak buang rahimnya.Demi inginkan melahirkan zuriat buat Zikir dan keluarga mentuanya.Dhia sanggup menanggung segala risiko.

 Nenek Zikir terkejut dan tak dapat menerima kekejaman anaknya,Ku Salmi
Zikir tetap setia di sisi Dhia dan bertanya kenapa Dhia senyum?

Dhia kata dia tau siapa yang lebih menyayanginya.Zikir tanya siapa?Allah jawab Dhia.Dan Zikir kata dia pun sayang sangat kepada Dhia.Tapi Dhia kata sayanglah Allah lebih dari dirinya.

Dhia semakin lemah dan nazak.Dhia mengucapkan kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir.Meninggalkan suami yang tercinta,meninggalkan segala kekejaman sihir yang dilakukan ibu mertuanya sendiri,'berjumpa' akhirnya dengan ibu dan bapa yang pergi secara tragik.

Air mata yang tak dapat mengembalikan Kamardhia,seorang wanita yang ikhlas & jujur mencintainya hingga hujung nyawa.
Kesedihan & keletihan mempertahankan cintanya untuk Dhia.Hingga memaksa Zikir rehat untuk selamanya.

Raffi berhijrah ke luar negara untuk melupakan segala persitiwa

Melly akhirnya mendapat hak penjagaan & hidup bahagia ke akhirnya

Zikir meninggal dunia dalam tidur akibat serangan angin ahmar.Akhirnya cinta mereka bersemi di syurga.

Nota Comel-->Sedih tak korang?Tak puas hati sebab Ku Salmi tak dapat pembalasan dari semua kekejamannya?Sedih sebab akhir cerita ni...Dhia tetap tak bahagia dengan berpeluang mempunyai zuriat?Geram sebab Melly pulak hidup senang...sedangkan sepatutnya dia yang meninggal dulu sebelum Dhia?

Owh tahniahlah kepada semua pelakon Tentang Dhia.Memang suka tengok lakonan Nora Danish!Pengajaran untuk semua keluarga..tak payahlah gunakan sihir dan sebagainya.Ajal,maut dan jodoh semua ketentuan Allah SWT.Itu hak Allah.Gunakan akal fikiran dan buakn bertindak ikut emosi.Kite percaya masih ada keluarga yang porak-peranda akibat sihir.Ingat Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-NYA.

Owh lega Tentang Dhia dah habis!Sebab Isnin - Khamis terkejar-kejar buat kerja rumah sebaik balik dari office.Lepas ni malaslah nak follow apa2 dramayang start pukul 7 malam.Nak solat lagi,nak masak lagi.Tapi kalau drama lepas ni best pulak?Hurm tengok kat TONTON jelah hehehhe.

Kalau suka Tentang Dhia..tekanlah LIKE ye

4 comments

30/12/11 00:42

haduh..sebak juga akak tadi..hehe..tapi betul la tak puas hati mak dia lepas gitu jer..
masalahnya selalunya citer slot akasia ni best..bila dah follow, mesti kena tengok juga..

30/12/11 00:57

@whitecappuccino

huhu rasa tak nak lagi follow drama sebab kdg2 keja banyak kat office kena ot...

30/12/11 17:25

btol2..geram tau sbb mak Zikir x de pape pembalasan..gerammnyeee..eheheh..tetibe emosi plak tgk cter tu..pengajarannye kite ambil utk pedoman.. :)

15/7/13 13:25

uwahhh! baca entri ni mengingtkan balik kisah tu..sobssss.. sedih kut..huk3..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...