7

Tahun Baru 2012~Renung wasiat Hassan al-Banna untuk mula tahun baru

13:39 |
Assalamualaikum pembuka kata.Entri terakhir untuk tahun 2011.Alhamdulillah setahun sudah usia blog dan banyak yang kite belajar di dunia maya ini.Terima kasih kawan2 yang rajin singgah dan jadi My lovely Geng.Terima kasih juga untuk setiap komen yang diberikan.

Semoga kehadiran tahun baru 2012 menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari semalam.Segala kenangan pahit & kegagalan di tahun 2011,jadikan panduan untuk memperbaiki lagi kehidupan di tahun 2012.Semua blogger tak kira perempuan & lelaki masing2 memasang azam.Sebagai muhasabah dalam memulakan langkah 2012,kite kongsikan wasiat Hassan al-Banna dari petikan Tazkirah~Datuk Mohd Zawawi Yusoh di Harian Metro.Wasiat & nasihatnya sangat relevan & hidup kata-katanya walaupun beliau sudah tiada lagi.

1~SEGERALAH TUNAIKAN SOLAT PADA AWAL WAKTU iaitu kala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya.Ini membuktikan kesungguhan anda.Di situ ada sumber kejayaan,pertolongan & taufiq.

2~BACALAH AL-QURAN & CUBA MEMERHATI MESEJNYA.Selalu berzikir & cari ilmu walaupun sedikit.Kurangkan mengisi masa yang tidak bertujuan.Selalu berzikir,berzikir & terus berzikir.Di sini ada kedamaian,ketenteraman & keselamatan.

3~DORONG DIRI UNTUK MENGUASAI BAHASA AL-QURAN.Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda sudah lama bermula iaitu sejak anda solat setiap hari.Sebut dulu walaupun tidak faham. Antara malapetaka pertama menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya.Ayuh! Apa tunggu lagi bukalah ruang walaupun seminit!

4~USAHLAH BERTARUNG IDEA TANPA ADABNYA.Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan.Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain yang membisikkan,syaitan namanya!

5~SENYUMLAH SELALU TETAPI BERSEDERHANALAH DALAM KETAWA!Rasulullah SAW adalah yang paling banyak senyum.Baginda ketawa kena pada tempatnya.

6~SERIUSLAH SELALU & BERGURAULAH BERPATUTAN.Tanpa serius,hilanglah kesungguhan.Tanpa bergurau,tawarlah kehidupan.Kata seorang penyair:

"Berikan kerehatan pada jiwamu.Yang sibuk dengan berfikir,ubati dengan bergurau.Tapi,kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam ke dalam gulai"
7~KAWAL NADA SUARAMU SETAKAT YANG DIPERLUKAN OLEH PENDENGAR DI DEPANMU.Janganlah jadi seperti orang bodoh.Bahkan menyakiti hati orang lain pula.Luqman al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya.

8~USAHLAH MENGUMPAT & USAHLAH MERENDAH-RENDAHKAN PERTUBUHAN LAIN.Bercakaplah jika ada unsur kebajikan.Ayuh!Hindarilah mengumpat!Sudahkah anda makan daging?Pasti anda suka!Tapi sukakah anda makan daging kawan anda yang sudah mati?Sekali-kali tidak!Begitulah dosa orang yang mengumpat.

Boleh mengumpat apabila ada tujuan syarie iaitu untuk menuntut keadilan apabila dizalimi,untuk menghapuskan kemungkaran atau kerana memberi amaran kepada Muslim lain mengenai kejahatan & mengisytiharkan kefasikan & kejahatan.

9~LUASKANLAH INTERAKSIMU DENGAN UMAT MANUSIA.Salam kasih sayang adalah untuk semua.Salam kemesraan untuk sejagat.Hulurkanlah salam perkenalan.Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa, lapisan dan darjat datang berkunjung.Sama-sama menjunjung obor suci.Tidak mengenali tapi tak sepi. 


10~ MAKSIMUMKAN FAEDAH WAKTU ANDA & TOLONGLAH ORANG LAIN SUPAYA MANFAATKAN MASA.Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. 

Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda. Bersegeralah, kerana dalam sabda Nabi yang bermaksud: “Bertindak segeralah melakukan amal...” (Diulang 7 kali..). Sayangilah masa saudaramu, hormatilah waktu mereka, usahlah berbicara meleret-leret tanpa haluan dan noktahnya.


 
SELAMAT TAHUN BARU 2012!


P/S-->Jangan lupa kita semua dah sebulan buka 'report card' baru dalam Tahun Islam :)


7 comments

31/12/11 14:21

Nasihat yg terbaik! semoga kita menjadi hamba Allah yang lebih baik.

31/12/11 18:04

tq for sharing sis alea... sama2 kita jadikan tahun baru lebih baik dari sebelumnya.

1/1/12 19:13

tq atas ingatan nasihat..

*siap sealed 2011..^__^

6/1/12 00:27

terima kasih atas perkongsiannya, mudah-mudahan kita semua di bawah naungan rahmat-Nya...

6/1/12 11:29

slm thn baru 2012 semua!!!alhamdulillah semoga hidup thn ini dipermudahkan segalanya amin...

6/1/12 12:04

nak buat tab menu gitu cer pi kat sini...tutornye mudah nak paham..

http://duniakuemieysandra.blogspot.com/2011/01/tutorial-buat-tab-menu-yang-comel.html

15/7/13 13:21

alhamdulillah ilmu baru hari ni =) mcm pesanan luqman al hakim jugak..insyaAllah praktikkan...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...