5

Tentang Dhia ~ Pujian Untuk Nora Danish!

21:06 |
Salam semua,wah sejak adanya Tentang Dhia.....memang kelam-kabut sikit urusan harian.Balik je dari office,kelam-kabut memasak,kemas rumah,mandi dan stand by depan tv tunggu azan Maghrib.Selalu tertinggal awal cerita sebab solat lagi penting(kenapalah suka buat drama masa Maghrib,buatlah pukul 6 - 7 malam kan bagus!!!)

Hari ni dah tentu penonton terkejut sekejap sebab Dhia boleh meninggal pulak.Tapi dah tau Dhia mesti hidup semula sebab dia kan heroin.Heroin mana boleh 'pergi dulu' ye,tak?

Mak aih mau tak terkejut......tiba2 je 'arwah' terbangun sampai ada jiran yang dah kelam-kabut balik

 Kesian Dhia menjadi mangsa ilmu hitam oleh bakal mak mertua sendiri

Ajal maut di tangan Allah.Tapi dah banyak sebenarnya kes macam ni terjadi di dunia realiti.Selagi nafsu amarah dan cemburu menguasai diri,pertolongan syaitan sentiasa didambakan

Nasib baiklah ustaz ni diberi 'kebolehan' hingga dapat menewaskan bomoh dan syaitan tu


Kesian Zikir cinta yang suci sering dihalang oleh mak sendiri.Adiknya,Zetty tak suka Dhia sebab Dhia tak dapat nak mewahkan dia dengan pelbagai barang berjenama.Tak seperti Rose sikit2 bodek dengan hadiah.

Owh suka lakonan Nora Danish.Ini membuktikan dia mampu membawa watak yang berat.Selama ini drama Puteri dan Ana Lulu lebih kurang sama.Disebabkan wajah dan suaranya yang manja,watak yang diberi tak menyerlahkan bakatnya.

Kesian juga bila tengok terlalu banyak dugaan dan onak duri yang perlu dilalui Dhia,demi mengecapi sedikit kebahagiaan.Gara2 cinta suci,ujian datang bertimpa-timpa tanpa dipinta.Agaknya bagaimana kesudahan Tentang Dhia.Melly nak teruskan juga ke niat gugurkan bayinya,agaknya dia dibunuh juga ke seperti ibunya?Apa pula yang akan terjadi dalam hidup Azmi jika berjaya keluar dari penjara,Raffi pulak?

Akan terbongkar tak rahsia mak Zikir yang terlalu mengagungkan bomoh?Tapi yang pasti dah tentulah Zikir berjaya juga kahwin dengan Dhia.Kalau tak,dah tentu TV3 dihujani pelbagai e-mel tak puas hati dari peminat pulak ngeee ^^

Hurm...mana lagi best?Nora Elena atau Tentang Dhia?Kite suka Tentang Dhia sebab dalam zaman moden ni,susah nak jumpa lelaki 100% romantik gila macam Seth Tan.Sedangkan semua karakter dalam Tentang Dhia memang wujud di mana-mana ^*

Nota Comel-->Sekarang ni kite suka tengok drama Karma di TV9 setiap Isnin & Selasa pukul 8.30 malam.Penerbitnya Erma Fatima dan para pelakonnya hebat-hebat.Jalan cerita best!Opsss Aaron Aziz pun adalah ngeee ^^

5 comments

6/12/11 21:19

hehe..sama la cam akak..TD pun layan..skrag tengah layan KARMA..best!

6/12/11 22:08

@whitecappuccino

hye sis !yelah karma makin best...mendebarkan!

6/12/11 22:08

alamak,sy xdpt follow tentang dhia,sbb anak dh conquer channel astro disney,dpt tgok pun awal2 dlu je,harap-harap adala ulangan nanti mcm nora elena

6/12/11 22:35

@nisa

owh nak cepat bolehlah tgk TONTON atau kat YOUTUBE,mgkn dah ada kot :)

7/12/11 08:39

ye setuju..sebenarnye nora danissh ni berbakat besar..dia boleh bawa watak berat yang main air mata..

minta2 producer nmpak bakat dia..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...