2

Asma '60~Al-Mu'id

07:06 |
Assalamualaikum semua...hari yang ceria,pagi yang indah.Alhamdulillah sekali lagi ingin dikongsikan zikir Asma ul Husna yang seterusnya.Sejak kebelakangan ini sedih melihat ramai kanak2 & juga remaja yang hilang~sama ada diculik atau melarikan diri sendiri,akibat perselisihan faham dengan keluarga.

Sayu dan sebak di hati melihat ibu bapa merayu di media massa,agar orang ramai menolong mereka untuk mencari anak yang hilang itu.Bagi anda yang melalui situasi yang sama,atau mungkin anak jiran,anak saudara hilang,sama2 lah berikhtiar memohon pertolongan Allah S.W.T.Selain solat hajat dan berdoa,marilah kita berusaha dengan menyebut berulangkali nama Allah.Mudah2 an Allah menemukan kembali dengan orang yang hilang itu...insya Allah.


 
MAHA MENGEMBALIKAN

Al-Mu'id membangkitkan yang mati dari kubur mereka di hari Pembalasan.Setiap mukmin percaya bahawa mereka akan dibangkitkan semula untuk diadili apabila tiupan sangkakala dibunyikan oleh malaikat Israfil.


1-->Orang yang hilang kembali dengan selamat.
Baca Ya Mu'id 70 kali di tengah malam & hembus kepada 4 penjuru rumah.Kemudian sebut nama orang yang hilang lalu berdoa kepada Allah,insya Allah orang yang hilang itu akan kembali dengan selamat.

2-->Mengembalikan barang yang hilang
Baca Ya Mu'id 124 kali sebelum setiap solat fardhu,insya Allah barang yang hilang itu akan dikembalikan kepada anda.Bangun waktu tengah malam & baca Ya Mu'id 70 kali,insya Allah barang yang hilang akan didapati semula.

3-->Orang yang pergi jauh kembali
Agar ahli keluarga yang merantau kembali dengan selamat,bacalah Ya Mu'id 70 kali & ini boleh juga dilakukan sekiranya ia tidak berhajat untuk kembali.

4-->Mendapat berita tentang orang yang jauh
Baca Ya Mu'i70 kali di tengah malam selepas mengambil wuduk,insya Allah anda akan mendapat berita darinya.


Kredit Info :

  • Buku Zikir Asma ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia

2 comments

17/1/12 08:44

salam sis,
siapa penulis buku?
tebitan syarikat apa?
rasa nak carijuga la,, :)
nice to meet you :)

17/1/12 09:15

@keeya mustafa

salam kembali...penulis buku tu Hassan Mia,akak kat office ni nanti balik je rumah..akak akan bthu nama penulis buku tu,nanti akk sggh blog sis...akk pernah share cover buku ni;

http://born2touchurheart.blogspot.com/2011/01/marilah-berzikir-dengan-asma-ul-husna.html

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...