0

Asma '61~Al-Muhyi

00:11 |
Assalamualaikum bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas sebagai hamba-NYA di hari Jumaat,yang mulia.Zikir Asma ul Husna seterusnya yang akan dikongsikan ialah;


 
MAHA MENGHIDUPKAN

AL-MUHYI,pemberi nyawa.Dia memberi kepada sesiapa yang berhak kepada kehidupan.Dan Dialah yang memberi rezeki.

1~Menyembuhkan penyakit

a) Baca Ya Muhyi 199 kali ke atas orang sakit & berdoa,insya Allah dia akan sembuh & penyakitnya akan hilang.

b) Jika ada penyakit yang sentiasa menganggu anda,baca Ya Muhyi 68 kali setiap selepas solat fardhu,insya Allah penyakit itu akan sembuh dengan segera.

2~Penghilang kesakitan
Baca Ya Muhyi 100 kali & hembus ke badan,jika anda menghidap penyakit yang teruk,ia akan berhenti insya Allah.

3~Memperbaiki kedudukan
Baca Ya Muhyi 58 kali insya Allah kedudukan anda dalam masyarakat akan bertambah baik.

Alhamdulillah semoga zikir kali ini dapat membantu anda yang sedang dalam kesulitan.Selamat beramal :)



Kredit Info :
  • Buku Zikir Asma ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia (Terbitan Darul Nu'man)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...