0

Buletin Utama~4 Orang Jiran Diperintah Berkelakuan Baik

21:38 |
Salam malam semua.Sapa tengok Buletin Utama tadi?Alahai kerana sedikit perselisihan faham,4 orang jiran diperintah berkelakuan baik.Mereka bergaduh menggunakan kayu dan juga penyapu(tak silap dengarlah tadi).

Yang sedihnya mereka tu warga emas dan layak dipanggil nenek & atok!Apalah nak jadi!Bayangkan selepas ini mereka tetap berjiran tapi sudah pastilah akan wujud emosi dendam,marah & benci.Inilah terjadi bila emosi menguasai akal fikiran!Bertindak mengikut nafsu!
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisaa’ ayat 36, Maksudnya:
“Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, dan orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang sombong dan membanggakan diri”.
Oleh itu, adalah satu kerugian besar kepada umat Islam dan masyarakat jika kita mengabaikan dan tidak mempedulikan jiran yang di anggap sebagai harta yang bernilai tinggi itu.

Jiran itu dianggap sebagai harta yang amat bernilai dalam masyarakat kerana:
  • Jiran adalah orang yang paling pantas secara sukarela siang atau malam memberi bantuan ketika kita menghadapi sakit-pening, kecemasan, dan mala petaka;
  • Menambahkan rangkaian dan cawangan sahabat kerana jiran mungkin terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan pekerjaan seperti doktor, guru, ahli perniagaan, ustaz dan sebagainya yang mungkin dalam masa tertentu boleh membantu kita apabila memerlukannya;
  • Menjamin keselamatan dan keharmonian dalam usaha menangani isu-isu seperti ancaman jenayah, kecurian dan gejala sosial; dan
  • Menjaga kebajikan penduduk setempat seperti menguruskan kematian, kenduri kendara, menjaga warga tua, orang miskin, orang kurang upaya, membantu anak yatim, meningkatkan perpaduan dan sebagainya.
Lihatalah apa terjadi dalam kes rompakan Wardina Saffiyah.Nasib baik jirannya terlihat kejadian itu dan terus bertindak melaporkan kepada pengawal keselamatan.Betapa besarnya peranan jiran.Kita juga perlu menutup keaiban jiran dan bukan menjaja kisahnya untuk dijadikan mesyuarat tingkap!


Selain itu, berdasarkan pengajaran-pengajaran hadith, langkah-langkah lain yang perlu diambil bagi meningkatkan kemesraan jiran ialah:

  • Tanda-tanda orang yang beriman ialah menjadikan sikap mesra dan memuliakan jiran sebagai gaya hidup sihat;
  • Jiran adalah bersaudara. Jika jiran kita terdiri daripada bukan Islam, maka menjadi kewajipan umat Islam untuk mempamerkan umat Islam yang berakhlak mulia;
  • Kita hendaklah bersangka baik kepada jiran atau tidak memandang serong terhadap jiran;
  • Kita perlu mengelak perasaan dengki dan cemburu terhadap jiran; dan
  • Memberi atau bertukar-tukar makanan lebih-lebih lagi jika bau kelazatan makanan kita dapat dihidu oleh jiran.

Kredit Info :
Sayangilah jiran anda!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...