2

Cik Ieta (RCW)~ANTARA KISAH SATE,BULU MATA & KORSET

12:30 |

Salam hari Ahad yang indah!Masa cuti inilah nak rehatkan minda.Belek2 In Trend Disember...

Maya Karin & Fasha Sandha~Maya saya tak minat,Fasha saya minat lakonannya(tapi bukan kontroversinya)

 Hah malam tadi siapa tengok Mr Labuci?

Kredit Foto : azmanhjayup22

Cantik2 baju dengan sulaman manik berlabuci.Cuma semput nafas tengok semua pakaian RCW sendat binti padat!Macam susah je dia nak bernafas!Tapi memang cantik dia pakai.

Selendang rekaan PADUSI (rekaan adik-beradik RCW) memang cantik.Tapi sayang tak suka tengok RCW gayakan selendang macam ni.Nak tutup rambut,pakai jelah terus..nampak leher pulak dah macam.........?Kalau tak pun,letak je selendang tu ala2 datin.

 Di In Trend Cik Ieta kongsikan pelbagai tips.Jom skodeng.......

1-->PADUSI 
Disebabkan saya & adik-beradik perempuan yang berlima itu minat fesyen & pandai menjahit,kami akan muncul dengan jenama tudung PADUSI.Idea ini datang apabila melihat adik saya yang bertudung selalu mengenakan tudung yang dijahit sendiri.Lama-kelamaan ramai pula yang menempah.Terlintas pula di fikiran,kenapa tidak diusahakan?Kalau tiada aral,kami akan membuka tudung itu di Subang(tak silap saya di Taipan USJ betul2 dekat rumah uncle saya).

2-->BULU MATA
Perniagaan itu sudah lama saya rancang,semuanya sudah siap hanya tunggu stoknya saja yang belum sampai.Bulu mata palsu ini saya tempah khas di Indonesia yang betul2 sama dengan yang selalu saya pakai.Yalah,orang selalu tanya bulu mata palsu apa yang saya pakai?Nah,sekarang saya keluarkan jenama sendiri.Bulu mata palsu ini lebih lembut berbanding yang ada di pasaran.Ia senang dipakai & selesa.

TIPS PAKAI BULU MATA PALSU :
Kalau selepas pakai tak rasa apa2 maknanya betullah cara pakai tu.Tapi kalau terasa macam tercucuk atau terkedip-kedip,maknanya salahlah cara lekat tu.Mungkin gam itu tidak melekat sepenuhnya.

3-->CANTIK 24/7 ?
Memang betul,Saya kalau di rumah tiada istilah baju duduk rumah.Apalagi kalau baju kelawar,eeee..tak maulah.Bangun saja dari tidur,selepas mandi,saya dah siap berdandan.Kalau setakat menonton tv pun saya pakai jeans.Kalau tiba2 nak keluar,terus sarungkan kardigan saja.Tak biasalah pakai comot2 ni(hah semua isteri...apalagi tok sahlah ye pakai kelawar & kain batik di siang hari).

4-->CIK IETA NI KAKI KORSET,PAKAI PADDING UNTUK MEMONTOKKAN TUBUH?
Hish tak adalah!Kalau nak cantik,kenalah rajin menjaga.Ada banyak senaman yang khusus untuk mencantikkan bahagian2 tubuh.Lagipun ini semua anugerah daripada genetik.Adik-beradik kami semua paten begini.Saya ni kira paling gemuk antara adik-beradik kami.Kalau tengok adik saya yang sorang lagi tu,lagilah seksi badan dia.

5-->KECANTIKAN CIK IETA MENJADI CEMBURU RAMAI ORANG SAMPAI ADA YANG KATA,MUKA CIK IETA TAK ASLI.BETULKAH KISAH CIK IETA DIKATAKAN TAK MAHU MAKAN SATE KERANA 'PANTANG'?
Itu yang saya geram,Cerita sate tu berlaku masa majlis Raya tahun lepas.Mereka hidang sate tapi saya memang tak suka makan sate sebabnya sate ayam dicucuk dengan lemaknya sekali.Apabila saya tolak,mereka kata sebab saya pakai susuk!Jadi,tak boleh makan sate nanti langgar pantang.Nak buktikan,terus saya makan juga sate tu depan mereka.Terus terdiam!

Sebagai duta SAFI RANIA GOLD

Memang saya cadangkan kawan2 blogger pakai.Alhamdulillah dah 4 tahun saya pakai,memang serasi dengan kulit.Sebelum ni saya pakai jenama mahal,tapi memang puas hatilah gunakan produk SAFI RANIA GOLD!


6-->APAKAH PESAN MAK UNTUK ANAK2 PEREMPUANNYA TENTANG AMALAN CANTIK?
Kami ni cantik atas kemahuan sendiri.Tapi adalah juga mak nasihatkan,kalau makan jangan terus minum air(ini betul.Kalau boleh 10 minit lepas makan baru minum air,untuk elakkan perut buncit).Kalau boleh,berjalan dulu 20 tapak selepas makan(erk...kalau makan kat luar office,otw nak balik tu dah banyaklah tapak saya jalan dan naik office tingkat 2.Banyak tapak dah tu!).Paling penting kena jaga masa berpantang.Saya dulu berpantang dengan mak sepanjang 40 hari itu,tidak berkipas,jauh sekali penghawa dingin.Makan tidak boleh bertambah,minum pun tak boleh terlalu banyak.Bagi mak,itulah waktu paling penting untuk menjaga diri & kesihatan bagi seorang wanita.


Kredit Info :

  • Majalah In Trend Disember

2 comments

15/1/12 12:47

sy pun pakai safi dari zaman sekolah menengah sampai sekarang..tak penah tukar

15/1/12 16:18

@Azzah

wah ni betul2 pengguna setia!cayalah!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...