0

Girls Talk~50 Perkara Kamu Tak Perlu BERHENTI Buat!

23:30 |
Kredit Info : Cosmopolitan

Salam semua!Hye gurls!Rasanya dah tiba masa untuk kita bebas melakukan kembali tabiat lama.Apa bendanya?Jom baca.......


1~MENYANYI KUAT dalam kereta bersama teman2 sekepala 

Teringat filem White Chicks memang sempoi nyanyi dalam kereta

2~TONTON FILEM KARTUN/ANIMASI sebaik saja ia ditayangkan di panggung wayang  


Memang best!

3~Menggunakan DIALEK NEGERI ketika lepak dengan kawan2 
Entahlah bila saya kawan dengan orang Kelantan ke,Perak ke,Negeri Sembilan ke mesti terikut loghat diorang :)

4~MEMANDU TANPA ARAH TUJU sambil memasang lagu John Mayer,dan berangan yang dia masih muda remaja yang sweet & soulful,menyukaimu kerana wajahmu yang begitu jelita 


Rasanya sekarang ni ramai yang sukakan Randy sejak dia berlakon Biar Mimpi Sampai Ke Bintang .Erk dia ni bukan penyanyi kan hehehe,nak jugak letak gambar dia 

5~Pakat dengan teman sepejabat untuk lakukan HARI PAKAIAN SEDONDON SETIAP JUMAAT (think 70's eyeliner hijau,flats day,kemeja motif kotak....) 

6~TIDUR SIANG~bangun awal hujung minggu ni,run errands,be productive.Kemudian balik rumah dan 'bongkang'atas sofa.Perasaannya sama hebat seperti waktu kamu pulang ke asrama selepas habis kelas dulu 

7~Membuat rancangan untuk MALAM AHAD pada tengahari Sabtu
Makan2 ke,window shopping ke...tapi tak mau cucuk langit ya!

8~Kunjungi RESTORAN 24 JAM & MAKAN roti naan keju,roti canai serta sate...Sambil mengumumkan betapa kamu tabik dengan pencipta makanan lazat itu
Mau bertambah kolesterol dan sapa yang cuba nak diet tu....ini bukan pilihan terbaik.

9~Keluar hujung minggu denganSNEAKERS ATAU KASUT SUKAN happening.Why not?
Selalu juga saya berjalan guna kasut sukan sebab best...sempoi dan rasa cute ^^


10~Ajak suami sewa bilik hotel semalaman...faham2 sajalah!
*No Entry For Unmarried Women!!!

11~LAYAN FILEM LAMA seperti Marah2 Sayang sebab nak tengok Datuk Shah Reza masa muda2 dulu.Lagipun fesyen zaman itu kan kembali in
Owh saya lebih suka layan filem lakonan George Clonney.Kalau filem tempatan suka tengok lakonan Jamal Abdillah & Azhar Sulaiman masa muda2 dulu.....

12~SLEEPOVERS!Penuhkan bilik tidur dengan selimut,bantal & snek.Lupakanlah diet kamu tu buat seketika okey 



13~Tak toleh kiri & kanan bila lalu di KAWASAN PERKUBURAN

14~MAIN TENG2 dengan sepupu sebaya bila pulang ke kampung nenek 

15~REKA MUKA DEPAN CD dengan lagu kegemaranmu menggunakan PEN SHARPIE 



16~ALWAYS HAVING A CRUSH walaupun kamu dah ada teman lelaki.Tak kisahlah kalau dia kelihatan seperti Anuar Zain,Farid Kamil atau mana2 selebriti yang kamu suka.....Bukannya kamu nak keluar date dengan dia pun,kan? ✔ 

17~TOCANG TINGGI RAMBUTMU.Percaya atau tidak,lelaki cukup tertarik dengan gaya budak sekolah begini 

18~Kalau tak ada getah tapi terdesak nak ikat rambut,guna saja 'getah sayur'.Tapi jangan di tempat awam sebab takutkamu dipulau nanti.Ia bagus bila melepak di rumah atau ikat rambut sewaktu kamu buat facial sebelum tidur 
* Tak suka sebab sakit ikat rambut guna getah warna oren tu....

19~MENONTON RANCANGAN TV kegemaran sambil BERGAYUT TELEFON dengan teman baikmu,sekadar untuk komen tentang pelakon kacak tu 
* Buat habiskan credit telefon je hehehe...

20~MINUM SUSU COKLAT~kajian mendapati ia antara minuman yang bagus diambil selepas bersenam 

21~MAIN FUTSAL.Ia sejuta kali lebih menyeronokkan daripada berlari atas mesin treadmill di gim 

22~BELAJAR SEMULA GERAK TARI LAGU.(Kamu boleh pilih lagu Britney Spears berjudul One More Time atau lagu N'Sync Bye Bye Bye yang kamu pernah persembahkan sewaktu di sekolah dulu.)


* Owh saya dan roomate pernah menari tengah malam buta di bilik,selepas penat study.Pasang lagu MACARENA apa lagi berpeluh menari ^*

23~Umumkan HARI ISNIN sebagai hari KOPI MAHAL,SELASA hari PIZZA sedap,RABU hari KARI KEPALA IKAN dan seterusnya....
* Owh masa minggu pertama dapat gaji,bolehlah.Kalau tiap2 minggu mau koyak poket.

24~Mendengar lagu SPICE GIRLS 


* Pernah saya & kawan sekerja belajar step menari Spice Girls,di rumah uncle saya.Kebetulan sepupu pulak memang kumpul vcd Spice Girls.Selain lagu yang catchy,badan pun berpeluh menari best tau!

25~Berlagak seperti MAKEUP ARTIST & solek kawan baikmu~guna palet rona turqoise,kuning neon & pink hangat 
* Memang pernah mekap kakak ipar,flower girls & adik.Pernah juga masuk pertandingan mekapkan rakan sekerja lelaki & saya juara!


Lagi 25?Owh bersambung esok ye.....tarraaaa......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...