2

Gosip~Wanita Hanya Mampu Jaga Rahsia Selama 32 MINIT!

22:53 |
Penelitian University of Manchester,U.K menunjukkan wanita tidak mampu menyimpan rahsia bagi tempoh yang lama.Lebih mengejutkan,penelitian yang diketuai oleh Pengarah Kesihatan & Psikologi,Dr.Christine Bundy itu juga mendapati bahawa wanita hanya boleh menjaga rahsia selama 1/2 jam sahaja!


Ketidakmampuan wanita menjaga rahsia adalah disebabkan oleh keinginan untuk bergosip sehingga segala rahsia yang diketahui mereka akan tersebar tidak lebih dari 32 minit setelah ia diceritakan!



Biarpun begitu,kadar kecepatan sesuatu rahsia untuk tersebar bergantung pada jenis rahsia yang diceritakan.Cerita yang paling banyak digosipkan adalah tentang suami,ibu bapa ataupun sahabat.

Kajian yang dilakukan terhadap 3,000 wanita mendapati bahawa 1 dari 10 wanita mengaku bahawa mereka tidak mampu menyimpan rahsia yang diceritakan kepada mereka walaupun rahsia itu terlalu peribadi untuk diketahui individu lain.Manakala 85% wanita mengakui bahawa mereka sangat seronok & gembira sewaktu mendengar gosip tentang orang lain.Sedangkan 13% wanita mengakui bahawa mereka sengaja menceritakan rahsia orang lain sebagai gosip yang menghiburkan!

Jadi korang tergolong dalam peratusan yang mana?
85% ke atau yang 13%?

Sapa kata perempuan je bergosip?Lelaki pun sama tau!Kadang2 lagi hangat & luar biasa berbanding perempuan ^*

Kredit Info :
  • Majalah Harmoni


2 comments

13/1/12 23:07

lelaki bergosip lagi hebat kot dari pompuan..:)

13/1/12 23:28

@Azzah

tak dapek den nak nolong ^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...