7

MHI TV3~Pengalaman Wardina Saffiyah & suaminya dirompak

10:02 |
Salam sekali lagi.Pagi tadi semasa bersiap untuk ke pejabat,sempat tengok MHI bersama Ahmad Fetri Yahya.Panel jemputan Wardina Saffiyah,suaminya Ikhwan dan Kamal Affandi,Penganalisis Jenayah yang terkenal.Semua dah tau kes rompakan yang dah seminggu berlalu.

[Harap maaf sebab kualiti gambar tak bagus,kelam-kabut 'snap' ^^]

Wardina sekeluarga masih tak dapat melupakan episod trauma dalam kehidupan mereka.Rompakan itu memberi kesan yang amat mendalam kepada anak2 mereka.Wardina kesal kerana puas dia mendidik anak2 nya menjadi kanak2 yang berani,tak takut tidur sendirian.Tetapi tragedi itu telah 'merampas'semuanya.Musnah semua usahanya.

Perompak menggunakan taktik menyarung tudung tuan rumah.2 orang perompak itu memakai tudung milik Wardina & juga anak perempuannya.Anak perempuannya terbangun dari tidur dan terkejut bila tengok 'uminya' tiba2 masuk ke biliknya.Rupanya itu perompak!Salah sorang anaknya terkejut sangat akibat ketakutan lalu muntah2.Mereka berkumpul di bilik tidur utama.

Wardina kata memang dia takda barang kemas,yang ada cuma cincin pemberian neneknya dan itu pun dia serahkan kepada perompak.Suaminya Ikhwan berulang-kali menghalang perompak dari menyentuh isteri & anak2 nya.Salah seorang perompak terpegang tasbih di atas meja dan Ikhwan kata "Ambillah tasbih tu,mahal tu saya beli di MADINAH".Buku memang banyak di bilik mereka.Bila perompak terpegang Al-Quran,Ikhwan kata "Al-Quran tak nak ke ambil?"

Mereka anak-beranak membaca surah ayat Kursi tanpa henti,hingga perompak seakan-akan salah tingkah.Ikhwan mengambil langkah bijak dengan memainkan emosi perompak,apatah lagi kebetulan perompak itu mungkin beragama Islam.Ikhwan juga melakukan 'eye contact' hingga perompak tak berani sangat bertentang mata.

Di sinilah pentingnya semangat kejiranan.Nasib baik anak jirannya,Farah(anak Fauzi Marzuki) terlihat kejadian itu.Sebagai jiran,kita perlu 'alert' dengan sesuatu yang mencurigakan baik jiran di kiri,kanan,depan mahu pun belakang.Kalau terdengar bunyi yang mencurigakan,cepatlah bertindak menghubungi pengawal keselamatan atau polis.

Pemaju perumahan juga ada melakukan kesilapan.Contohnya seperti rumah Wardina,belakang pintu dapurnya,betul2 bersebelahan dengan tingkap.Cuba anda perhatikan rumah anda,tengok pintu,tingkap dan bumbung,periksa adakah perlu memasang lampu,mangga dll.Kalau boleh elakkan lampu sentiasa terpasang di belakang rumah.Pasang jenis 'sensor'.Elak dari meng 'update' status di Fb,Twitter & blog memberitahu anda akan bercuti selama seminggu ke..balik kampung ke...kerana ini akan menarik minat orang yang berniat jahat.Mana tahu mungkin kenalan rapat yang tahu rumah anda?

Kamal Affandi berkata,tak tahulah kenapa masyarakat kita..bila ada sesuatu musibah yang menimpa seseorang,suka mengutuk dan memberikan komen yang tak enak(ya saya sendiri pernah terbaca ada orang kata padan muka kepada Wardina dengan apa yang menimpanya).Sebagai masyarakat sama2 menjadi mata & telinga polis.Hari ini hari jiran.Mana tau esok lusa rumah kita ke,keluarga kita pula?


Wardina kata patutlah orang Cina suka letak duit di rumah.Walaupun sikit dalam tin susu ke,botol air yang dah ditebuk lubang tu ke...janji ada duit syiling.Kamal Affendi berkata ya,memang elok letak tabung duit berdekatan pintu utama atau di tangga bawah.Ini untuk menarik minatnya tak lama di bilik utama(risiko besar biarkan perompak lama di bilik utama sebab bila tak dapat apa yang dia nak,takut akan buat sesuatu kepada tuan rumah).Bila perompak dah puas selongkar dan tak dapat apa yang mereka nak,tuan rumah boleh umpan dengan beritahu ada sedikit duit letak di tingkat bawah ke,dekat rak kasut berhampiran pintu utama ke.

Teringat kata Ikhwan tentang anak perempuannya.Anaknya sedih nanti 'abang2 itu' tak dapatlah masuk Syurga sebab dah masuk rumah mereka.Kan bagus kalau semua manusia masuk Syurga.

Nota Comel-->Semoga perkongsian ini dapat beri ilmu pada kita semua.Owh ye saya juga ada kongsikan zikir Asma ul Husna di "1 HARI 1 ZIKIR" & ada zikir yang sesuai diamalkan untuk perlindungan rumah & harta.Semoga kita semua dilindungi dari musibah Assalamualaikum.

7 comments

17/1/12 12:26

sungguh bersih jiwa anak wardina.. masih memikirkan 'abang2' itu, sedangkan 'abang2' itu langsung tak memikirkan mereka sekeluarga..

17/1/12 16:08

@izfanora

ya betul tu sis...sebak tgk mata wardina merah tadi..yelah kan anak2 masih suka fkr baik2 utk org yg dah buat jahat hurmm...

17/1/12 17:49

terima kasih kak utk perkongsian ni . tak tengok pulak mhi tu . almaklum le , ade budak2 .. kartun je lah jawabnye .
hye , fiqa dah tinggalkan jejak disini dan sudah mem-follow anda :)
if u don't mind . follow lah fiqa ~

17/1/12 23:31

kesian dorang kan kak...

bagus anak2 wardina..wrdina ajar anak dia baik jer...

tapi memang sedihla...huhuhu

18/1/12 07:42

@emira shafiqa

sama2 sis dan tq ye sudi sggh baca entri di sini.ok otw....

18/1/12 07:43

@Cik Eka

ye betul tu sis eka...bgsnya kalau semua manusia berhati mulia dan suci macam kanak2...tak kan ada yg masuk neraka.....

But dont u feel weird. Although Wardina dah heboh pasal suruh jiran2 die jaga keselamatan dalam few days ni since perompak2 tu xdpt as much hasil as they can dekat rumah Wardina. Wardina even dah info dekat dlm Youtube, dekat news n twitter n FB suruh diorang berjaga2, but still a few days later ada 2@3 kes rompak dekat area sama dengan Wardina. It seems orang still x alert dengan hal2 gni.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...