12

Semanis Kurma~BERMADU @ ANDARTU?

00:57 |


Assalamualaikum semua.Alhamdulillah saya nak kongsikan serba-sedikit yang sempat saya salin tadi.Maaf tak kongsikan panjang lebar seperti biasa.Sebab badan mula rasa tak sedap bila sekejap kena panas,kejap kena hujan.Tapi nak juga berkongsi sedikit ilmu dari Semanis Kurma untuk kawan-kawan semua.

Cantik betul Ustazah malam ni.Suka shawl dan dress jubah yang Ustazah gayakan.No lip..lap..lip...lap.. seperti selalu.
 Loving couple yang banyak mencurahkan ilmu dan berkongsi pendapat dengan penonton.

 Ustaz pun hensem,sedondon warna dengan isteri tersayang

Ustazah-->Masyarakat suka memandang rendah & memerli dengan perkataan kurang enak pada Andartu.Ada yang berkata patutlah tak dapat jodoh,sebab itu balasan akibat perangai dialah...itulah..inilah.

 Panel jemputan 

 Prof Madya Hj.Md.Izuddin

Sapa tak kenal Maznah Zolkifli.....dengan motor besarnya juga aktiviti masyarakat yang rajin dia sertai.

Ustazah-->Masa di awal rancangan,ustazah memanggil Puan Maznah.Manalah tahu masin mulut Ustazah malam ni.Semoga lelaki yang menonton malam ini,berani dan tak segan mendekati Maznah.


Maznah-->Siapa tak sedih bila orang sekeliling dan keluarga bertanya bila nak kahwin.Cuba lakukan benda yang positif.Kalau tak mampu tersenyum,kita buat orang lain tersenyum.Kekuatan jasmani penting!Dapatkan tidur & rehat yang cukup,makan vitamin.Dari segi kekuatan rohani pula,banyakkan berzikir & berdoa.Mak saya selalu pesan,bila berdepan sesuatu kesedihan kita kata;


Jangan terkejar sangat jodoh sampai cari 'directory' dalam internet,ye!Memang saya sukakan sukan lasak sebab bangunkan personaliti saya.Nampak saya lasak tapi saya bukan kasar.Lelaki....janganlah takut dekati saya.

Kebanyakan pemanggil malam ni adalah lelaki.Pelbagai pendapat yang diberikan.Cuma ada seorang je pemanggil wanita;

Noor~Cheras -->  2 tahun berkahwin baru saya dapat tahu suami ada perempuan lain.Maka dalam keberatan,saya masih lagi redha dan berikan keizinan suami bermadu kasih yang baru.Tapi suami buat perkara yang tak senonoh lagi dan lagi.Hinggakan dari mula-mula saya beri keizinan,terus saya tarik kembali keizinan itu.


Ustazah-->Malam ni Ustazah & Ustaz nak berikan nama baru untuk ganti ANDARTU.Tak sedapkan bila orang sebut2 panggilan tu.

Maznah-->Yelah Ustazah,dalam kamus pun takda ANDARTU.Panggillah 'SINGLE LADY'.

Ustazah-->Kami cadangkan ANDALIA --> ANak DAra muLIA
                  Semoga jadi wanita yang solehah & akan dimuliakan,akan diperisterikan.

Prof-->Bukan ANak DAra LIAR ye......

Tepi batu ada halia
Bukan andartu tapi ANDALIA


Prof-->Bila isteri dah beri izin bermadu,suami pula buat hal.Bila isteri tak izin,suami terpaksa pula buat dosa di luar.Saya doakan pada mereka di luar sana banyakkan berdoa.Jangan prasangka negatif yang cepat,sentiasa ada ruang.Jodoh akan datang.Moga2 jodoh akan sampai.Elok berdoa...doa senjata mukmin.



Maznah-->ANDALIA selalu dikaitkan dengan wanita berkerjaya,ya betul.Tapi tak bekerjaya pun ada juga.Kalau tengok perempuan lebih daripada lelaki,kalau sayalah jadi lelaki...ambil kelebihan pasangan itu.Bonus pada lelaki itu kalau pasangannya ada kelebihan dalam permotoran ke...memancing ke.Kalau dia lebih pandai,anggap itu rezeki daripada Allah.Bersyukur.

Sapa tak sunyi,sapa tak nak dirikan rumahtangga,sapa tak terasa bila tengok adik-beradik semua dah berkeluarga.Jangan jadikan benda itu hancurkan hidup kita.Kalau pilih terus percaya dengan kudrat Allah,andai kata sampai ke tua ANDALIA...Allah itu tahu apa yang terbaik untuk kita.


Ustaz--> 1) Jodoh merupakan ketentuan daripada Allah.Tapi perlu berusaha & berikhtiar.
               2) Ubahlah pemikiran,jodoh itu mudah didapati.Lalui kehidupan dengan 6T;

T  = Tabah
T = Tenang
T = Tersusun
T = Tekun
T = Tawadak ~ redha & pasrah
T = Telus

Ustazah-->9 AMALAN UNTUK RINGANKAN JODOH :

  1. Berdoa setiap kali selepas solat 5 waktu 
  1. Berdoa pada waktu tengah malam - mustajab
  1. Minta ibu bapa mendoakan untuk anak bertemu jodoh
  1. Berpuasa pada harijadi kita - hari kelahiran itu umpama mak melahirkan masa kita suci,bersih.
  1. Buat solat taubat - 'bersihkan' segalanya
  1. Pohon restu ibu bapa
  1. Baca SURAH YUSUF ayat 4 
  1. Solat hajat
  1. Andai disihir,untuk batalkan sihir itu....baca SURAH YUNUS ayat 8
2 Doa untuk ringankan jodoh & semoga bertemu jodoh yang soleh/solehah :



SURAH Adz Zaariyaat ayat 22
SURAH Al-Qasas ayat 24
Nota Comel-->Pendapat saya,ANDALIA pun manusia juga,ada hati & perasaan.Kenapa cepat sangat menghukum mereka kalau kahwin lambat.Mereka saja yang tahu apa yang mereka inginkan.Untuk bermadu pula,ANDALIA perlulah kuatkan mental & emosi,kerana bukan semuanya 'MANIS' bila berkongsi.

Itu sebabnya ANDALIA terlalu berhati-hati memilih pasangan.Kalau yang bujang atau sebaya,mungkin ekonomi dan kerjaya tak sekukuh dia.Maka takut lelaki tu jenis ambil kesempatan.Dan untungnya kalau dapat ANDALIA yang bekerjaya & berharta,lelaki tu cuci kaki je masuk rumah.

Kalau ANDALIA nak lelaki yang matang & berusia sedikit,kebanyakkannya suami orang.Sanggupkah berkongsi kasih,kuatkah mental & emosi bila suami tidak berlaku adil?Itu sebabnya dari bergenang air mata,dari pening kepala ANDALIA lebih suka hidup sendiri.

3 orang sepupu suami saya sendiri dikategorikan ANDALIA yang bekerjaya,berpangkat & berharta.Semasa arwah ibu mereka masih hidup,sentiasa berdoa dan juga mencarikan jodoh untuk mereka 3 orang adik-beradik ni.Mereka baik,lemah-lembut,rupa ada tapi entah mengapa,sampai ke saat ini mereka masih selesa dengan status 'single'.Adik-beradik mereka semuanya perempuan seramai 8 orang,selebihnya dah berkeluarga.3 orang sepupu saya ni menetap di K.L.

Yelah...memanglah sedih meniti hari2 tanpa suami di sisi,hilai-ketawa zuriat pun sunyi-sepi.Semoga semua ANDALIA tak jemu2 berdoa agar diringankan jodoh dan kalau bermadu itulah rezekinya,percayalah.Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hamba-NYA.Pesan saya pada sesetengah orang yang suka memerli ANDALIA tu dari segi rupa....itu sebabnya tak ada orang naklah,atau suka perli fizikalnya hingga takda orang nak jadikan isteri,cepat2lah beristighfar.

Hidup ini ibarat roda.Kita ada adik-beradik perempuan,sepupu perempuan,mungkin satu hari nanti ada anak perempuan....setiap perbuatan kita akan terbalas cepat/lambat.Juga pesan saya pada mereka yang belum berkahwin,tapi suka memandang rendah kepada pasangan yang dah berkahwin seperti;

"Isshhh bini dia gemok,dahlah hitam,jerawat sana-sini.Macam manalah laki dia boleh buat bini?"

atau

"Mak aihhh tak sesuailah diorang tu.Laki dahlah pendek,bini tinggi lampai."

Ingat....anda belum berkahwin,macam2 boleh terjadi.Berkahwin pun boleh bercerai inikan pula bercinta!Sekurang-kurangnya pasangan itu dah sah berkahwin,ada zuriat.Anda tak tau lagi jodoh macam mana sebab bercinta bagai nak rak pun,kalau takde jodoh?Mungkin yang baik di depan mata kita,belum tentu baik untuk hidup kita.Jadi....

RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL
ANDA BUAT ANDA DAPAT


12 comments

27/1/12 09:18

ckp tertekan bl diaju soalan ttg bila nk berumahtangga.. hurmm...

27/1/12 09:20

gigih kakak senaraikan intipati rancangan ni dengan jelas.. :)

dan... lulu baca sampai habis tau..

27/1/12 09:21

eh kakak kan suka lukis doodle.. meh lukis doodle untuk lulu sekali.. ^_^

27/1/12 09:36

ANDALIA = ANAK DARA MULIA

sedap dengar daripada andartu,,
jodoh kita telah ditetapkan semasa kita berusia 4bulan dalam kandungan ibu..setiap manusia ada pasangan,cepat atau lambat,ajal dan jodoh di tangan Allah..

kalau bukan di dunia mungkin di akhirat kelak,,dapat bidadari lagi,,
awesome!subhanallah!

27/1/12 10:13

@mizzkechique

alah sis buat tak tau je.ingat nak berumah tgga ni macam nak pilih handbag di sogo (erkkk kenapa sogo pulak ni ngeee^^)

27/1/12 10:13

@Lulu Caldina

alhamdulillah trma kasih sudi baca.ikutkan tiap2 mgu nak share semanis kurma tapi kalau tajuk x best,akak x mau ngeee ^*

27/1/12 10:15

@Lulu Caldina

hehehehe doodle...kena tgu hjg mgu baru blh lukis insya Allah ye ^^

27/1/12 10:18

@keeya mustafa

ye betul tu...jdh semua ketentuan Allah.hanya Allah tahu mana terbaik utk hamba-NYA.

Lbh baik jgn couple lama2,kalau kewangan dh kukuh,kerjaya dh stabil,teruslah minta si bakal suami masuk meminang.bercinta lps kawin lagi indah ^*

@mizzkechiquetul tu dear
momoy pun

3/6/13 01:26

@.::: Princess MOMOY :::. hye sis momoy..owh entri lama ni,ting tong gak kak lea tadi.kena baca balik ni :))

17/8/13 16:46

kalau AL pun akn fikir byk kali jugak sblm buat keptusan.. hurm.. xrela bermadu...xD

17/8/13 21:41

@AiSyA LiEzAhuhu..samalah kita ^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...