0

TAZKIRAH JUMAAT | Mari Memilih

00:38 |
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya;
Barang siapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi junub(mandi sunat Jumaat),kemudian pergi di waktu pagi ke tempat sembahyang Jumaat maka pahalanya seperti berkorban seekor unta gemuk.
Barang siapa yang pergi pada waktu kedua,pahalanya seperti pahala berkorban seekor lembu. 
Dan barang siapa pergi waktu yang ketiga,maka pahalanya seperti berkorban seekor kibas yang bertanduk.
Manakala orang yang pergi pada waktu keempat maka pahalanya adalah seperti ia berkorban seekor ayam.
Dan mereka yang pergi pada waktu kelima,maka pahalanya seolah-olah ia berkorban sebiji telur.Apabila iman telah datang,maka hadirlah semua malaikat untuk mendengar khutbah.
(Riwayat al-Bukhari Muslim) 

Jangan berlumba untuk saf terkebelakang ketika solat Jumaat.Pergilah awal ke masjid kerana pahala korban berganda menanti di akhirat.Pilihlah ganjaran korban yang hebat!

Renung-renungkan & selamat beramal


Kredit Info :
  • Buku Renung-renungkan & Selamat Beramal~Prof. Izzi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...