7

WARGA ASING di merata Malaysia ~ OK...saya dah bosan!

21:51 |
Salam hujung minggu semua!Pejam celik dah seminggu melangkah tahun 2012.Semoga azam kawan2 semua dapat dilaksanakan.Jangan selalu berkata "Saya berharap...." ataupun "Alangkah bagusnya...." dan juga "Saya memang nak buat tapi...".Cuba tukarkan perkataan itu kepada yang positif seperti "Saya boleh...." ataupun "Memang ambil masa namun saya akan pastikan berjaya juga tahun ini".Insya Allah semoga azam kita semua dapat dicapai walaupun tak 100% ^^

Tadi tengok Buletin Utama tentang isu warganegara tempatan yang memberi lesen teksi kepada warga asing!Saya sebagai rakyat Malaysia dah rimassssssss sebab:

1-->Naik je teksi pemandunya Bangladesh & Pakistan!

2-->"Akak manis.....beli ini baju kurung banyakkkkkk cantik untuk akak manissssss".Erghhhhhh....pergi jalan T.A.R pun dah rasa macam kat Bangladesh,Pakistan & Indonesia.Bayangkan urusan tawar-menawar dengan warga asing!Macam ni tak payah lagi booking online "Everyone Can Fly".Sebab kat Malaysia pun dah rasa macam di negara orang!

3-->Satu hari tu saya dengan mak & ayah tersesat mencari satu tempat di Sungai Besi.Puas meronda tak juga jumpa.Maka ayah kata pergilah tanya Security Guard dekat satu kawasan apartment.Saya pun turun dari kereta dan bila tanya dalam bahasa Melayu,pengawal tu geleng kepala tanda tak faham.Bila saya cakap B.I baru dia faham.Hurmmm Myanmar rupanya.Muka macam Melayu!Pusing lagi dan lagi saya tanya pula pengawal di satu kedai perabot.Adeihhh pun warga asing!Apa nak jadi ni?Saya dah sesat di negara orang ke?

4-->Pergi Tesco & Giant di Nilai pun berselisih dengan pelajar negara Afrika.Nilai ni dah macam tempat diorang!Datang ke Malaysia alasan untuk belajar di Nilai College,Inti College & Kolej Lagenda konon sedangkan dalam masa yang sama diorang buat "bisnes haram".Rimas bila tengok pakaian perempuan Afrika ni menjolok mata,tingkah laku pelajar lelaki diorang yang macam dah bertahun tak tengok perempuan!Gatal!!!Malu sebab sikit2 bandar Nilai masuk rancangan 999,masuk suratkhabar disebabkan perangai pelajar Afrika!

Kebanyakan pelajar Afrika menyewa kereta di sini dan diorang memandu tak hormat undang2 jalan raya.Dahlah bawa macam pelesit,selalu tak beri signal tiap kali ubah lorong atau nak masuk simpang.Memang stress bawa kereta di kawasan Nilai & KLIA.

5-->Setelah 5 hari penat bekerja,hujung minggulah masa yang sesuai untuk beriadah dan berehat bersama keluarga.Sambil beli barang dapur boleh juga window shopping.Tapi bila pergi je shopping mall,taman tema awam...penuh juga dengan warga asing.Kebanyakkannya warga Indonesia dan Bangladesh erghhhhhh....

5-->Tu takpelahh lagi sebab faham diorang pun penat.Datang ke Malaysia untuk mencari rezeki dan mereka pun berhak untuk bersantai.Tapi yang tak tahan,pergi pasar malam pun diorang ada...ramai.Kalau setakat membeli barang2 takpelah.Tapi ada juga warga Indonesia kebanyakannya dari Aceh yang ada tapak untuk berniaga barangan dari negara diorang!Diorang pun jual tudung,sayur2,makanan negara diorang,pakaian dll.Hurmmmm....hilang mood nak pergi pasar malam di kawasan Nilai.


Ada pro & kontra kerajaan memberi kebebasan warga asing mencari rezeki di Malaysia.Dah tu,rakyat tempatan tak berminat jadi buruh kasar panjat bangunan tinggi2,tak minat kerja panas2 buat jalanraya,nak harapkan siapa lagi?Warga asing pun membantu pembangunan Malaysia.Tapi sampai bila?Rakyat dah mula rimas dengan kebanjiran warga asing di bumi sendiri!


7 comments

7/1/12 22:27

sekarang kat taman perumahan pun dah ada bangla yg bawak karpet tu pulak.nak siram pokok pun risau dia datang promosi karpet..

7/1/12 22:28

Memang rimas bila dah terlampau ramai..macam negeri dorang pulak..yang buat masalah pun ramai juga dari kalangan mereka.

7/1/12 23:22

@Azzah\

owh yelah pantang buka pintu nak sidai baju ke ,borak dgn jiran sebelah ke...mesti muncul karpet hahahaha....

yg jual aiskrim naik motor tu pun dh ramai org bangla & pakistan hurm....

7/1/12 23:23

@whitecappuccino

ye betul tu sis...setuju!

7/1/12 23:26

betul sgt tu sis alea... izan pun pernah singgah tesco nilai haritu.. mmg ramai sgt student2 afrika shopping2... dah pakaian macam tak cukup kain. sikit lagi nak ternampak tuuttt...

kalau kat batu pahat ni plak ramai sgt pekerja kilang dari myanmar n vietnam... naik basikal ramai2... sampai kadang2 tu ada yg accident... haisshhhh...

7/1/12 23:33

@Izan Ishak

owh mmg betul tu sis izan hurmmm :|

budak remaja kita apalagi sukalah tgk pompuan afrika pakai seksi adeihhhh...

10/1/12 19:37

btol!!!setuju juta2 lemon..geram jekkk..mne2 pon cmtu..ke kite nie mmg pelancong d bumi sendiri? :P ehehehe...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...