3

APA KATA FBI di TV9~Panasss Fida Ibrahim& Mamat Sepah Setelah 4 Bulan Tidak Bertemu

21:54 |
Salam malam semua.Sambil blogwalking sempat tengok Apa Kata FBI.Tajuk malam ni memang dekat dengan semua...LAMAN SOSIAL.Ada pro & kontra,tetamu jemputan Azwan Ali,Shila Hamzah & Rafida Ibrahim.Masing2 mempunyai akaun di laman sosial seperti FB,Twitter & Skype.


Fida menceritakan episod hitamnya angkara Fb.Semua masih ingat,kan tentang penyebaran fotonya tidak bertudung yang dikongsikan Mamat?
Shila minat menulis tapi tidak lagi ke tahap untuk menulis ke dalam blog.Dia lebih memilih untuk 'tweet' dengan para peminatnya.Kerana tak sampai sesaat,dia dapat 'update' diarinya & seronok dapat berkomunikasi (mak & abahnya pantau tau).
Fida mula sebak semasa Faizal Ismail mula bertanya,adakah dia dapat melupakan kejadian foto yang tersebar itu.
 Masih ada rasa sayang lagi dia dengan Mamat,ni hurmmm....
Hati seorang wanita.Dia kata dah lama nak ucapkan perkataan,yang dia dah lama maafkan Mamat.Dia tak salahkan Mamat sepenuhnya sebab dia juga yang kongsikan foto tu untuk simpanan Mamat.
 Terkejut Fida.Mamat seperti biasa tak habis2 dengan lawaknya(hurm lawak ke?)
Mamat kata 4 bulan diorang tak jumpa,tak berhubung.Dan perkataan pertama yang Fida tanya dia tadi "Awak sihat?".Dan Mamat kata dah lama tak dengar perkataan tu.

Mamat dah tak aktif Fb lagi selepas kejadian itu.Masyarakat menjatuhkan hukuman ibarat dia menodai Fida akibat penyebaran foto itu.Mamat kata dia ingat Fidalah wanita terakhir dalam hidupnya,dapat hidup bersama,sampai kedua belah pihak dah berjumpa keluarga masing2.Tak sangka hubungan tidak dapat dipulihkan kembali.
"Takpelah saya takkan jilat semula ludah saya walaupun saya tak pernah ludah Fida.Kalau awak kahwin dengan orang lain,jangan jemput saya.Sebak nanti saya"
"Setuju dengan kata2 Shila.Kalau tak suka,kan ada button dislike ke,unfollow ke.Jangan nak gunakan laman sosial untuk mengaibkan dan mencari gaduh dengan orang lain."
Siap ada lagu Retak Seribu lak tadi heehehhee....


Ok bye...bye....

3 comments

4/2/12 23:02

hehehe..

pertemuah pertama selepas kejadian la ni eh..

betul tu fb ni atau laman sosial lah.semua ada pro dan kontra dia..

kita yg kene jga diri elok2 dalam tu

4/2/12 23:23

@Cik Eka

hye sis eka...ye betul tu..x sgka malam ni ramai gak update ttg diorg ngeee ^^

5/2/12 12:29

profesional jgk dorang dtg jemputan fbi ni utk ditemu bual,,kalau kita tak kuat meh :(

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...