2

Buletin Utama~Celik Al-Quran Braille

22:54 |
Salam sekali lagi.Tertarik dengan topik Celik Al-Quran sempena Maulidur Rasul esok.

Al-Quran dalam tulisan Braille.Kertas yang digunakan setebal 160 gsm,melibatkan kos yang tinggi.
Presiden Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia, Datuk Mah Hassan Omar
 Ketekunan pelajar yang celik hati mereka ini,di sebuah sekolah yang terletak di Setapak
 Setiap kekurangan Allah gantikan dengan kelebihan yang lain....subhanallah 
Lunak merdu mendayu-dayu suara pelajar ini,Haikal Zainurin mengalunkan ayat suci.Haikal telah beberapa kali menang pertandingan tilawah yang dianjurkan.Dia pada mulanya,sedikit gentar bila terpaksa bersaing dengan pelajar yang 'sempurna' dan tidak cacat penglihatannya.Haikal cacat sejak lahir akibat masalah di saraf matanya.

Dialu-alukan individu dan organisasi yang ingin membantu meneruskan usaha penerbitan Al-Quran Braille, boleh menghubungi talian yang disertakan di atas.


❤Kita yang sempurna ini dan masih bebas melihat keindahan duniawi,marilah sama2 perbanyakkan membaca Al-Quran.Celikkan hati dengan keindahan ayat suci...assalamualaikum.

2 comments

1/6/13 16:18

salam kak lea.. nak menitis air mata saya baca..
semoga kita boleh mencontohi mereka..

1/6/13 17:36

@Gee GTG salam gee..alhamdulillah semoga kita dapat mendekatkan diri dengan al-quran.kagum lihat semangat mereka semua..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...