6

Cable Car di I-City,Shah Alam~Lenguhnya tunggu giliran ngrrrrr.....

20:38 |
Salam semua.Mesti dah ramai tau di I-City,Shah Alam bukan setakat melihat keindahan lip..lap..lip..lap lampu LED,bukan setakat menikmati kesejukan di Snow Walk.Tapi sekarang dah ada sedikit hiburan iaitu Cable Car,Merry Go Round(yang kuda tu) & buaian macam kat Genting tu.Tapi saya nak cerita tentang cable car.

 Ada pelbagai warna....manalah budak tak seronok nak naik...erkkk...mak budak pun =.=

Ini pemandangan di atas semasa saya dan family dah berjaya mendaki....erk bukan.Berjaya beratur selama 1 JAM dengan berjayanya!Ye...ramai betul pengunjung masa cuti.Mula2 kena cari kaunter pembayaran,satu cable car ialah RM10.00 dan boleh muat 2 orang.Bayangkan yang ada anak ramai?Hubby tak nak naik sebab kebetulan dia terserempak dengan kawan lamanya,apalagi saya naik dengan si kecil,dan si kembar naik berdua.Maka cuma RM20.00 jelah pengeluaran.

Kenapa beratur panjang?Sebab cable car yang disediakan tak banyak,lagi pun kena ada jarak di atas rel antara satu cable car,dengan cable car yang lain.Nanti berlaga pulak kat atas?Memang ramailah yang merungut penat berdiri.Bukan anak saya je,anak orang lain pun ada yang mencangkung kepenatan.Sempat juga Chinese couple tegur saya,diorang tanya pendapat saya sebagai ibu berbaloi ke harga tiket untuk naik cable car,ok ke terpaksa beratur panjang,dan macam2 lagi.

Saya naik cable car dengan si kecil,Danish.Anak kembar saya dah jauh ke depan tak sempat nak 'snap'.Cukup suka diorang tu naik cable car siap kata "Mama,lepas ni naik lagi,boleh?".Hah,yelah penat beratur tadi pun tak hilang,lagi tau!
Menggigil gak nak keluarkan handphone takut tiba2 terjatuh ngeeee ^*.Rasa macam naik mini car atas kabel,jer.Tak lama sangat pusing sekejap je dah sampai.Boleh juga pusing2 kan stereng tu,nanti cable car tu pun berpusing.Tapi saya tak berani nak pusing apa2 kot terpelanting alahai.....
 Cantik,kan!Masa ni rasa macam di dunia fantasi,melalui pokok yang  berwarna-warni
Owh ye...memang mengigil tangan nak 'snap' foot.Masa mula2 cable car berjalan,kami senyap je.Saya pun tanya "Danish,kenapa diam je?"~"Danish takutlah,mama"~"Owh,mama pun takut" Ngeee gayat gak wooo....tapi taklah segayat waktu naik cable car di Langkawi menuju ke Gunung Mat Chincang tu....


Owh kami pun ada naik Merry-Go-Round tapi tak banyak 'snap' pun.Kebetulan masa tu ada sepasang pengantin berbaju kelabu memang cantik dan sama padan.Romatik bila si isteri duduk atas kuda,si suami konon2 kejar dengan naik kuda di belakang.Kemudian diorang duduk satu kerusi bersama2 so sweet.

Tips:

  • Kalau pergi bersama kawan/keluarga,lebih baik ada sorang yang terus pergi ke mesin Auto Pay.Lepas ambil je tiket,bayaran masuk RM10.00 dan teruslah bayar.Kalau nak balik baru nak bayar,hah jenoh beratur.
  • Kena perhatikan betul2 kaunter pembayaran untuk setiap permainan.Untuk Cable Car ia ada satu je kaunter khas.Merry-Go-Round & Swing Chair berkongsi kaunter yang sama.Tak silap bayaran pun sama je RM5.00.
  • Eloklah kenyangkan dulu anak2 di rumah(kalau tinggal berdekatanlah).Kalau korang dari jauh,lebih baik makan di kedai2 berhampiran di Seksyen 7(sebelum masuk ke I-City).Boleh nak makan kat dalam I-City,kalau korang sanggup beratur lama & sabar memujuk anak2 yang sedang lapar.KFC pun penuhhhhh.

SELAMAT BERCUTI SEHARI LAGI YEHAAA.....
i-City Shah Alam
Owh ye ini Swing Chair yang Penyubiru kongsikan.
(Kredit foto : penyu biru)
 

6 comments

6/2/12 20:45

xpe penat kak! janji syiok! wee~ stress free..nice relaxing time!

6/2/12 21:22

@keeya mustafa

hye sis!owh ntah kenapa setiap kali pergi I-City,tak jemu2 mata tgk cahaya lampu LED macam nak bawak pacak depan rumah je ngee ^^

6/2/12 22:07

tak berkesempatan lagi nak pegi kak..hahahahaha

haritu konon nk pegi tapi x terpegi2..ni dah macam2 ada boleh la pegi.hihi


eka ni gayat..cmne la nak naik cable car nnti..hehehehe

7/2/12 09:15

nanti nk pergi jgak.
=)

8/2/12 10:14

@leon7zack

owh pergi tau...oklah not bad utk hiburan seisi keluarga ^^

15/4/12 20:28

walaupun nampak biasa jer cable car tu tapi bila naik terasa juga gayatnye kan..

p/s : thanks atas backlink.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...