12

DJ IKIM FM Arwah Razak Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

11:58 |
Salam semua.Terkejut bila dengar DJ IKIM FM,menyampaikan berita ini.Takziah diucapkan kepada keluarga arwah & juga kepada seluruh warga kerja IKIM FM.



Info-->Arwah Razak dikatakan terlibat dalam satu kemalangan melibatkan motosikal,pagi tadi di Bukit Jalil.Arwah meninggalkan seorang balu bersama 3 orang cahayamatanya.Al-Fatihah....semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman,amin.

Arwah Razak cukup disenangi peminat kerana begitu mesra melayan setiap panggilan dan permintaan pendengar. Beliau seorang yang tidak lokek senyum dan amat mesra dengan setiap orang ditemui. Di kalangan rakan sekerja, beliau merupakan rakan yang suka menolong dan membantu orang lain, walaupun ada ketikanya menyusahkan diri beliau sendiri. Setiap kali pertolongan diperlukan dari beliau, jarang beliau membantah atau memberi alasan tidak mampu melaksanakannya melainkan beliau menghulurkan bantuan dengan sepenuhnya. Ini diakui sendiri oleh Pengarah Radio IKIMfm, Encik Nik Roskiman Abdul Samad, bahawa arwah adalah antara rakan sekerja yang terbaik dan sentiasa mudah mengikut arahan.
(sumber --> FB IKIM FM)




Selalu manusia yang baik hati 'pergi' dijemput Ilahi,dalam usia yang masih muda.Kita pula?Sama-samalah perbaiki amalan di dunia ini untuk bekalan di akhirat nanti 

12 comments

16/2/12 12:15

Al-fatihah, semoga allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang mendapat rahmat-Nya...

16/2/12 12:25

@abuikhwan

ye sahabat al-fatihah untuk arwah

16/2/12 13:25

Bila ajal dah tiba, kita akan pergi jua.Al Fatihah buat arwah...

16/2/12 14:37

ya Allah, salam takziah untuk keluarga arwah. mereka yg baik disayangi Allah.

16/2/12 15:33

@Scarlett O'Hara

al-fatihah sekali lagi utk arwah

16/2/12 15:35

@eray

ya betul tu sis :)

16/2/12 16:03

daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali,,Al-Fatihah..

16/2/12 17:26

@keeya mustafa

terima kasih sis...al-fatihah

16/2/12 19:30

al-fatihah

17/2/12 07:16

Takziah pada keluarganya...

20/2/12 01:37

al fatihah. semoga digoongkan didalam golongan yg beriman.. amin..

Jom baca sebentar..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/menyekutukan-allah.html

Anonymous
23/2/12 00:54

Innalillah hi wainna ilaihi rajiunn...begitu lah kematian yg hanya Allah swt shja yg tahu...same as final destinationn

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...