0

IKIM FM~Bagaimana Mengikhlaskan Diri

18:42 |
Salam semua!Alhamdulillah pagi tadi sempat dengar IKIM.FM.Topik hari ni best,IKHLAS.



Soalan:
  • Cara mengikhlaskan hati dalam menerima apa saja musibah dari Allah
  • Bagaimana nak elak keikhlasan bertukar jadi riak
  • Amalan supaya dapat bantuan/pertolongan daripada Allah

Pada zaman Nabi dan Rasul serta para sahabat,semuanya ikhlas.Ikhlas dalam perjuangan,ikhlas dalam ibadah,ikhlas dalam persahabatan.Tetapi cuba tengok sikap manusia akhir zaman ini.Ada yang riak dalam beribadat.Dunia rugi,akhirat pun rugi.Semua amalan boleh jadi akhirat.Contohnya makan.Makan itu amalan dunia,tapi kalau kita jaga niat,makan itu ibadah & dapat pahala di akhirat.Amalan akhirat seperti solat,bila dah menunjuk-nunjuk pada orang,dah jadi amalan dunia saja.


"MUKADIMAH MENENTUKAN NATIJAH".Kena usaha sunguh2 untuk ikhlas.Jika dari awal dah jaga keikhlasan,kalau tiba2 di tengah jalan tersasar landasan,insya Allah akan kembali dan tak melencong.Kalau jaga awal,takkan sesat.Contohnya masa solat,waktu nak takbiratul ihram tu,jaga niat elok2.


Allah menilai kita di hujung.Ada orang yang buat amalan syurga,dah dekat nak masuk syurga,tapi termasuk neraka.Mintalah agar Allah beri penghujung kita ditutup dengan kebaikan.Semoga dapat mengucap syahadah atau sekurang-kurangnya "ALLAH".Apabila hati & mulut sentiasa ingat Allah dalam kehidupan,masa nak meninggal dunia,akan terbukti 'keluar' perkataan yang sentiasa kita amalkan di dunia.Bagaimana kita mati,begitulah kita hidup semasa di dunia.


Tidak boleh berputus-asa dengan rahmat Allah.Allah S.W.T lebih suka ampunkan dosa orang2 yang berdosa,daripada menyiksanya.Bila nak memburu keikhlasan,kena buru sangka baik.Kita kena terus bersangka baik kepada Allah.Saat orang paling akrab & hina ialah masa bersujud kepada Allah.Perbanyakkanlah bersujud.


Bagaimana ikhlaskan hati terima ujian.Ucaplah selalu "Innalillahiwainnailaihirojiun".Rasakan kita ini milik Allah.Apabila Allah letak kita dalam apa keadaan,kena ikhlas terima musibah dari Allah kerana kita hanya hamba-NYA.Sentiasalah redha & tawakal.

JOM IKHLAS + BERSIHKAN hati & otak.Sentiasa maafkan orang.Tidurlah tanpa perasaan benci,marah & dendam.Assalamualaikum dari saya hamba-NYA yang lemah :)


Kredit Info & Foto:

  • IKIM F.M
  • I LUV ISLAM WALLPAPER




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...