2

Jadi DJ Terjunlah Pulakkk!

10:02 |

Assalamualaikum semua & selamat pagi.Jom banyakkan berselawat di hari ini.Murahkan senyuman,bersihkan hati dengan berzikir :) Semoga urusan kita semua dipermudahkan Allah SWT amin.

Sambil buat kerja di office,tak sah kalau tak dengar radio online.Hah tengok tu 'tab' saya penuh dengan pelbagai channel.Rasa bosan channel ni,klik channel tu,tutup channel situ,klik channel sinun ngee ^^


Sayalah Dj Terjun di office.Sebilik dengan sorang bos lelaki & sorang akauntan lelaki,halwa telinga masing2 berbeza.Bos sukakan Sinar Fm kadang Suria Fm.Akauntan pulak sukakan Mix FM.Saya?Semua channel kat 'tab' tu saya suka.Barulah bersemangat nak buat kerja bila dengar lagu.

Tapi bila dengar je lagu yang mendayu-dayu memang terus saya klik X.Tak bersemangat kot nak buat kerja dengar lagu tangkap leleh.Mau saya tertidur atas meja ngeee^^


Oklah dengar lagu...dengar juga.Tapi kalau azan berkumandang dari masjid berhampiran,kenalah hormati dan terus 'unmute' dulu radio ye.Selamat bekerja semua.Semoga rezeki kita diberkati Allah hari ini amin...

2 comments

8/2/12 10:26

wah bolah request lagu cam ni..nk wish selamat pagi kepada tuan blog kak aleasara..selamat bekerja,,jgn curi tulang..
nak request lagu ella,,standing in eyes of the world..
sekian terima kasih...yoyo je..

8/2/12 10:33

@keeya mustafa

hye sis keeya mustafa yg comel!owh blh saja lagu ella ye mmg best lagu tu naikan semangat di pagi hari!

hehhe takde curi tulang nanti rezeki tak berkat yeahha!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...