0

Kemalangan DJ IKIM Fm Arwah Razak~Rupanya berlanggar dengan staff kami:(

10:32 |
Assalamualaikum semua!Wah lama tak update entri dek kesibukan menyiapkan invois yang menimbun.2 hari berturut-turut balik malam.Pendengar setia IKIM FM semua dah tau tentang kemalangan yang mengorbankan DJ arwah Razak minggu lepas.

Tapi kami di HQ lagi terkejut bila dapat tahu staff kami rupanya yang berlanggar dengan arwah.HR pun dah pergi menziarahi staff kami tu.Setakat hari ni dia masih kritikal & koma di ICU.Rempuhan yang kuat menyebabkan bahagian kanan staff kami patah;bahu,tangan,pinggang & kaki kalau tak silap saya.

Isterinya pula rungsing kerana baru minggu lepas mereka 'cut off ' insuran.HR pula sedang menunggu staff itu pulih dan sedar,sebab amat memerlukan keterangan darinya apa yang terjadi minggu lepas. HR sedang uruskan 'claim' SOCSO.

Jalan yang mereka berdua lalui hari kejadian tu,jalan yang belum siap sepenuhnya,mungkin nak cepat itu yang ikut 'short cut'.Apa-apa pun kami memang turut sedih dengan kejadian yang mengorbankan DJ arwah Razak.Semua dah ditentukan Allah & alhamdulillah anaknya dah sempat sampai ke sekolah.Memang staff kami satu taman dengan arwah DJ Razak.Masa kejadian staff kami tu sedang menuju ke Subang Airport.


Nota Comel-->Saya berharap semua blogger yang menunggang motosikal,berhati-hatilah di jalan raya.Malang tak diduga.Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...