6

SeeFood~Filem Animasi Malaysia~tak sabar nak tengok ^^

23:04 |

Owh rasanya semua dah tengok iklan filem ni di TV3,kan?Memang tak sabar tunggu bulan depan.Masa inilah sebagai rakyat Malaysia,perlu menyokong produk animasi tempatan.Dulu dah tengok Finding Nemo & Shark Tale..kita tengok pula kehebatan SeeFood yehaaa!





Filem SeeFood berlatar-belakangkan eko-sistem sekitar kita dimana karakter utamanya, Pup dan Julius akan membawa penonton menyertai mereka ke alam pengambaraan penuh misteri yang tidak berpenghujung, ditemani watak lain yang penuh warna.

Apabila berdozen telur dari terumbu Pup dicuri oleh pemburu haram, Pup nekad untuk menyelamatkan abang-abang dan kakak-kakaknya, tanpa mengambil kira akan bahaya misi tersebut. Tekadnya untuk membetulkan keadaan membawa Pup ke dunia daratan, atau dunia Man, dengan kawasan yang indah tetapi penuh dengan bahaya – destinasi yang tak pernah terlintas di benak seekor jerung.

Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, seekor jerung berinsang putih muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya. Dengan sut istimewa mereka, keupayaan jerung untuk mengembara di daratan dalam animasi aksi penuh ketawa ini pasti akan mempesonakan anda!



Pelbagai anugerah Silver Ant Sdn.Bhd perolehi.Dan bulan depan,semua rakyat Malaysia akan tumpang bangga menikmati animasi tempatan,yang dah membanggakan nama negara.Selepas tayangan perdananya di Cannes Marche du Film pada bulan May 2011 yang lalu, SeeFood telah ditayangkan di lebih 90 negara sekeliling Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia.

Grand Brilliance sebagai pengedar tunggal filem SeeFood

Jom sama2 sokong filem animasi tempatan~SeeFood!

Nota Comel-->Apalah berita tentang satu lagi filem animasi tempatan ~ Upin& Ipin Angkasa?Sepatutnya tahun lepas,tapi ditunda hingga tahun ini,2012.Tapi takde dengar berita terkini pun?Boboiboy dah menjadi kesukaan anak2 saya.Rasanya Les' Copaque kenalah cepat siarkan filem Upin & Ipin yang terbaru...lama dah tunggu :(


Kredit Info-->


6 comments

6/2/12 23:19

uncle peminat kartun...

yeay!

6/2/12 23:24

@-gedek!

yearghh pecah rahsia uncle pun macam budak2 ngeee ^^

tapi uncle mmg macam budak2 kan...cute kan ngeee ^*

6/2/12 23:41

tak sabo jugak..cute sangat anime nya kan?

6/2/12 23:57

@Azzah

ye betul tu mesti ramai blogger yg akan review filem ni ^^

7/2/12 10:12

malaysia animation..wee~
after upin ipin,,
rasa2 ni the best one,,sbb in english,,blh la budak2 bljr sikit..
bagus juga cerita mcmni,,asyik cite cinta je mmnjg..

8/2/12 10:13

@keeya mustafa

yup betul tu sis!bosan asyik2 filem komedi seram,cinta dan ganas2..animasi yg terbaik utk jadikan anak2 kreatif berfikir ^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...