0

Sunburn?Jom tenyeh muka dengan buah tomato dan gula pasir yehaaa!

09:27 |
Minggu lepas pergilah Port Dickson.Perghhh cuaca tak menentu,kejap panas,kejap hujan.Sampai hilang mood nak bermandi-manda sebab kepala dah mula pening dek penangan cuaca yang meragam.

Balik rumah barulah perasan alamak....kulit saya dah hitam-hitam si tampuk manggis.Apalagi nasib baik teringat petua di rancangan Saffiyah,TV9.Maka dapurlah tempat dituju yehaaa....


Belah empat

Letak gula pasir dalam sesudu di atas piring

Korang ambil buat tomato tadi,ambil sebelah dulu kemudian,lumurkan sedikit je pada gula pasir di atas piring tadi.Dan apa lagi,gosok perlahan-lahan ke kulit muka.Gula pasir berperanan ala-ala 'scrub'.Gunakan buah tomato mengikut keperluan.Biarkan ia kering dalam 15-20 minit.


Kemudian cuci muka seperti biasa dan lap muka hingga kering.Lumurkan pula ais ke kulit muka untuk segarkan kembali kulit sebagai ganti 'toner'.

Korang boleh ulangi petua ini setiap hari atau seminggu dua kali.Bagus gunakan tomato sebab bukan setakat menghilangkan 'sunburn',tapi boleh hilangkan parut,tegangkan kulit & sesuai untuk mereka yang kulit berminyak.Selamat mencuba!!!



SAYA MEMANG SUKA BUAH TOMATO YUMMY.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...