0

Asma ‘63~Al-Hayyu

09:36 |

 

MAHA HIDUP

AL-HAYYU,Yang Maha Hidup.Kehidupan Allah SWT adalah abadi,tiada mula dan tiada akhir.DIA tidak bergantung kepada sesuatu pun untuk hidup.Sebagaimana makhluk yang bergantung kepada makanan,minuman,udara & sebagainya.

1-Agar umur panjang
Baca Ya Hayyu 3000 kali sehari setiap hari & anda akan diberkati dengan umur panjang,insya Allah.

2-Berlindung dari kemurkaan Allah SWT

“Ya Allah!Bila semua telah mati,Engkau tetap hidup!Bila yang mati dibangkitkan,Engkau masih tetap hidup!Aku bermohon hanya kepadaMu Ya Allah!”

Apabila Allah SWT sedang menurunkan kemarahan-NYA,bacalah doa di atas.Nabi Yunus a.s & pengikutnya membaca doa di atas tatkala awan hitam menurunkan api ke atas mereka,lalu Allah SWT memerintahkan awan menurunkan hujan lalu hujan pun turun.

3-Melakukan pekerjaan merbahaya
Baca Ya Hayyu 11 kali di tempat kerja & insya Allah anda akan dilindungi dari kemalangan & sebagainya.

4-Menghindari penyakit
Baca Ya Hayyu 30,000 kali,insya Allah anda tidak akan jatuh sakit.Hendaklah membacanya setiap hari.

5-Menghindari sifat munafik
Agar tidak terjerumus kepada kesesatan,munafik,berperasaan hasad dengki,tamak & bongkak,bacalah Ya Hayyu sebanyak yang termampu setiap hari.Insya Allah anda akan mendapat cahaya kebenaran Ilahi & iman anda menjadi semakin kukuh.

6-Ya Hayyu Ya Qayyum
Baca Ya Hayyu Ya Qayyum atau Ya Hayyul Qayyum,ia akan membantu anda dalam banyak perkara.Contohnya,bila anda membaca Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali setiap hari selepas solat Isyak,anda akan dirahmati dengan nikmat-nikmat ini:

a)Orang akan mendengar kata-kata anda & mengikut perbuatan anda
b)Anda akan kaya dengan wang & kebijaksanaan.
c)Anda akan menjadi orang yang riang & dapat mempengaruhi orang dengan keriangan anda.Dapat membantu orang lain melupakan kesedihan mereka.

Anda juga akan dapat mendapat:
a)Perlindungan dari bencana seperti gempa bumi,banjir,kemalangan,terkandas ketika belayar di lautan & sebagainya,isteri terkandas,anak-anak tidak menurut kata ataupun masalah perniagaan atau kewangan & sebagainya.
b)Dihindari dari ditipu,diperguna & dielakkan dari musuh.
c)Disukai orang.

7-Ketika sangat memerlukan atau dalam kesusahan
Sentiasa baca Ya Hayyu Ya Qayyum Birahmatikan Astikhizu

Ertinya:Wahai Yang Maha Hidup,Yang Kekal & Yang Tidak Bergantung.Dengan limpah rahmatMu,berilah aku pertolongaMu.

Insya Allah anda akan dilindungi & diberi apa yang diperlukan.

8-Doa selepas membaca Ya Hayyu Ya Qayyum
 Disarankan membaca doa ini selepas membaca Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali:

Ertinya:
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Ya Hayyu Ya Qayyum,Yang Menghidupkan,hidupkanlah hatiku,rezekiku,agamaku & duniaku.

Ya Allah,aku bermohon kepadaMu,Ya Hayyu bersaksi semua yang hidup,Engkaulah Yang memberi nyawa & memberi kehidupan kepada yang hidup.
Yang Hidup & Yang Mematikan yang hidup.Yang Hidup,tidak ada sekutu bagiMu.Allah Yang Maha Hidup,Aku meminta dengan hayatMu bersaksikan semua yang hidup & dengan hayatMu yang memberi nyawa kepada semua yang hidup & dengan hayatMu yang mematikan semua yang hidup.

Ya Hayyu Ya Qayyum,Yang Maha Memiliki Keagungan,selesaikanlah masalahku,kabulkanlah permintaanku,berilah cahaya kepada jiwaku,percukupkanlah kekuranganku.Yang Maha Mengetahui keadaanku & tidak pernah kekurangan dari apa yang kupohon,tiada kuasa melainkan Engkau,Ya Hayyu Ya Qayyum,perkenankanlah permintaanku,hajatku dengan segera & kabulkanlah doaku.Permudahkanlah rezekiku & permudahkanlah urusanku dengan hamba-hambaMu.Berilah aku rezeki yang banyak & tahan lama,lanjutkanlah usiaku agar dapat ku beribadat kepadaMu,dan sudahilah hayatku dengan iman & husnul khatimah.

Aku telah menyeruMu dengan nama-namaMu yang terdahulu.Berilahh kejayaan kepada mereka yang inginkan kejayaan & berilah kemusnahan kepada yang berbuat kerosakan.Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Hayyu Ya Qayyum,kabulkanlah permintaanku,lepaskan kami dari kebimbangan sebagaimana Engkau membebaskan orang-orang mukmin.Selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW & keluarga serta para sahabatnya & perlindunganMU bagi mereka semua.Segala puji bagi Allah Pencipta sekelian alam.

Alhamdulillah saya berharap zikir kali ini dapat membantu kawan-kawan.Saya sendiri turut mengamalkan zikir yang saya kongsikan.Terdapat pelbagai cara yang Allah bantu,bila kita tidak lupa mengingati-NYA.


 Kredit Info :
  • Buku Zikir Asma ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...