7

Asma '64~Al-Qayyum

08:00 |
MAHA BERDIRI SENDIRI


Al-Qayyum,wujud dengan sendirinya.Nabi Isa a.s membaca Ya Qayyum & menghidupkan Lazarus yang mati.

1~Meningkatkan martabat
Baca Ya Qayyum di sekitar jam 3.00 pagi,insya Allah anda akan menjadi orang yang sangat dihormati.

2~Selamat dalam perjalanan
Baca Ya Qayyum banyak kali ketika merantau dengan kapal,insya Allah anda akan dijauhi dari ribut atau ombak besar.

3~Memperolehi kemenangan
Baca Ya Qayyum banyak kali ketika sujud,Allah SWT akan memberi anda kemenangan,insya Allah.Nabi Muhammad SAW membaca Asma ul Husna ini banyak kali dalam sujud ketika Perang Badar.

4~Menghilangkan rasa malas
Baca Ya Qayyum 17 kali & anda akan mendapat tenaga & semangat untuk bekerja,di samping semua kerisauan akan hilang,insya Allah.

5~Dihormati orang
Baca Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali setiap hari,anda akan dihormati orang,rezeki & nasib anda akan bertambah baik,orang akan mendengar kata anda,dan anda akan disukai & dilindungi dari bahaya,insya Allah.

6~Meminta bantuan Allah


 Ya Hayyu,Ya Qayyum Birahmatika Astaghisu


"Dia yang tetap hidup,Dia Yang Maha Kekal.Aku bermohon akan rahmatMU"

Bacalah ini bila ada masalah,insya Allah bantuan Allah akan segera datang.

7~Diberi kebahagiaan
Bila sedang duduk bersendirian,bacalah Ya Qayyum beberapa kali,insya Allah anda akan beroleh kebahagiaan hidup.Boleh dibaca ketika sedang melakukan pekerjaan & seumpamanya.
Berzikirlah...di mana jua kita berada...tak kira di saat suka mahupun duka.Allah sentiasa bersama hamba-NYA .Kalau apa yang diminta & dipohon tak juga kunjung tiba,tawakallah.Kerana Allah Maha Mengetahui saat yang sesuai untuk hamba-NYA :)


Kredit Info :

  • Buku Zikir Asma ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia

7 comments

9/3/12 19:58

thanx info..

btw,blog lea dah direview:

http://sayurlemak.blogspot.com/2012/03/review-blog-leasara-dan-cik-muna.html

9/3/12 20:09

tq share.. kita ada gak buku 99 nama Allah tu.. baca tapi tak amalkan.. lupe.. hee~

11/3/12 19:45

rase tenang ble berzikir kan kaq.. hye kakaq :)

12/3/12 08:36

@Azzah

alhamdulillah tqvm ye sis Azzah sudi juga review.dan trma kasih doodle dgn belon tu =.=

12/3/12 08:37

@miss Fyqa

owh kg2 sbg manusia,kita semua sibuk dgn tgjwb yg tak pernah padam.takpa..janji ada juga zikir yg sis amalkan :)

12/3/12 08:38

@Misha Ieza

yup betul tu sis,jiwa gundah gulana tak tenang kalau layan muzik,berzikir lagi bagus :)

13/3/12 09:35

Salam....good entry penyejuk jiwa :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...