2

Asma' 65~Al-Wajid

08:34 |
 
MAHA MENEMUKAN


AL-WAJID,sentiasa mendapat segala yang dikehendakiNya & tetap menjumpai segala sesuatu.Allah SWT tidak memerlukan sesiapa untuk mendapatkan sesuatu yang dikehendakiNya.

Bagaimanapun,sebagai tanda kekuasaanNya,bagi merekodkan peristiwa & perkara yang berlaku di dunia & seluruh alam ini,Allah SWT telah melantik malaikat untuk melakukan kerja.Rekod atau catatan ini akan digunakan sebagai saksi amal perbuatan kita di hari kiamat kelak.

Kisah di sini menunjukkan bagaimana mereka yang menghafal & selalu membaca Asma ul Husna yang ini akan mempunyai makanan yang banyak.

Pengalaman saya(penulis)sendiri menunjukkan bila ibu saya memasak,sentiasa akan ada berlebihan & sentiasa pula ada orang yang akan memakannya.

1-->Makanan menjadi berkat
Baca Ya Wajid 11 kali sebelum makan,insya Allah anda akan mendapat keberkatan yang banyak dari makanan itu.Anda juga akan mendapat makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan yang baik.

2-->Kekuatan emosi
Baca Ya Wajid bagi setiap suap makanan yang ditelan,insya Allah kekuatan emosi anda akan bertambah & jiwa anda juga akan menjadi kuat.Anda akan membuat keputusan yang baik & sentiasa yakin dengan kebolehan diri,insya Allah.

3-->Jatuh cinta
Untuk memikat hati orang yang anda ingin kahwini,baca Ya Wajid & hembus ke dalam segelas air.Beri dia minum air itu & insya Allah dia akan cinta kepada anda.

4-->Menjadi kaya-raya
Untuk urusan dunia,baca Ya Wajid beberapa kali & insya Allah anda akan menjadi benar-benar kaya.



Nota Comel-->Salam semua.Secara jujurnya,saya begitu tertekan minggu ini.Syarikat saya bekerja membekalkan tenaga pekerja untuk sebuah syarikat penerbangan yang sedang dilanda kontroversi.Disebabkan berlaku sedikit masalah antara kedua-dua syarikat penerbangan,maka vendor menjadi mangsa.Kedua-dua syarikat itu hendak mengurangkan/tak memerlukan langsung vendor.Dan kebarangkalian kontrak tidak disambung adalah tinggi.

Bila 'sales' makin mengecil akibat tenaga pekerja dikurangkan akibat percaturan syarikat penerbangan,maka turut memberi kesan kepada kami di HQ KLIA.Saya sedih sangat sebab dua officemate yang rapat dengan saya terpaksa diberhentikan kerja hujung bulan depan,untuk mengurangkan kos syarikat.Staff Admin di Subang pun turut diberhentikan.Bos pun mengurangkan separuh gajinya untuk membantu syarikat.

Saya?Alhamdulillah masih dikekalkan kerana saya dibahagian akaun,maka akan bertambahlah kerja selepas ini & gaji kami juga turut dikurangkan di saat-saat genting ini.Syukur kerana khidmat saya masih diperlukan & saya dah bersedia jika khidmat saya satu hari nanti 'terhenti'.Inilah syarikat yang terbaik saya pernah bekerja!Saya dalam pada bersyukur kerana masih sempat lagi membantu syarikat di saat-saat senang & susah,tapi dalam masa sama saya menangis & menangis sebab kehilangan dua rakan.

Semoga zikir Ya Wajid ini menjadi kekuatan saya untuk hari ini dan seterusnya,insya Allah :)



Kredit Info :
  • Buku Asma ul Husna 99 Nama Allah~Hassan Mia




2 comments

24/3/12 00:01

kuatkan semangat awak ye..ingat..Allah menguji setiap hambaNya kerana Dia sayangkan hambanya yang diuji tu.. At least, awak tau Dia sayangkan awak kerana di luar sana, ramai yang tidak langsung diuji dan orang2 sebegitulah yang sepatutnya risau kerana Allah tidak pun mengingati mereka..

26/3/12 17:36

@Boni JLL3

owh trma kasih ye sbb kata2 smgt tu buatkan saya tersenyum,ye betul tu manusia x kan henti diuji dan saya tau Allah sygkan semua hamba-NYA :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...