0

Majalah Al-Islam~Apakah semua air mata sama?

08:37 |
Tidak semua tangisan mempunyai makna yang sama.Menurut Ibn Al-Qayyim tangisan mempunyai 10 maksud yang berbeza:


 
1-->TAKUT~Maksudnya menangis kerana takutkan Allah.Di dalam hadis juga ada diriwayatkan dari Abu Hurairah,Rasulullah bersabda,"Sesiapa yang menangis kerana takutkan Allah,tidak akan dijamah api neraka sehingga susu kembali ke putingnya..."(HR At-Tirmizi).Menangis kerana takutkan Allah banyak manfaatnya;

  • Ia dapat melembutkan hati
  • Lambang hati yang bersih
  • Sentiasa dahagakan syurga
  • Ia juga jalan untuk membawa kepada keredhaan Allah & meraih cinta-NYA.
2-->KELEMBUTAN HATI & BELAS KASIHAN

 
3-->KASIH SAYANG,CINTA & KERINDUAN

4-->KEGEMBIRAAN & KEBAHAGIAAN~Air mata kebahagiaan adalah sejuk kerana hati sedang gembira manakala air mata kesedihan mengalir panas kerana hati berasa dukacita.

5-->KETAKUTAN PADA KESAKITAN

 
6-->KESEDIHAN~Air mata ini berbeza daripada air mata takut.Biasanya air mata kesedihan akan mengalir apabila ditimpa sesuatu yang buruk atau kehilangan orang tersayang.Air mata sedih akan gugur apabila mengenangkan kesedihan yang lalu atau sedang berlaku.Air mata takut adalah mengimpikan sesuatu yang indah di masa depan.

7--LEMAH & TIDAK BERDAYA

8-->KEPURA-PURAAN

9-->DIUPAH UNTUK MENANGIS~Di dalam kes ini biasanya perempuan diupah untuk menangis kerana kematian atau acara tertentu.

 
10-->MENANGIS KERANA MENGAJUK ORANG LAIN MENANGIS~Keadaan ini berlaku apabila melihat orang lain menangis atau menonton filem sedih tanpa diketahui sebabnya,air mata pun mengalir.

 
Nota Comel-->Bilakah kali terakhir korang menangis kerana takutkan Allah?Semua manusia mempunyai perasaan.Air mata saya?Saya kadang2 menangis kalau saya gagal nak luahkan perasaan geram & gagal nak luahkan apa yang bermain di minda.Maka air mata sebagai cara untuk saya luahkan segala kekesalan,kecil hati,malu kerana gagal meluahkan dengan kata2.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...