6

Semanis Kurma~Surirumah Lelaki Part 1

23:36 |
Salam semua.Wah tajuk malam ni menarik dan memang kena-mengena dengan saya & suami.Nanti di lain entri saya akan kongsikan.Jom ikuti topik yang best malam ni...

 Comel je tengok iklan di TV9,masa ustaz tersasul dan bila ustazah gelak,ustaz kata "Janganlah gelak" ^^

(2U-->iaitu ustazah & ustaz)

 Mak Mah pergi Turki
Tajuk malam ni "Surirumah Lelaki"

Panel jemputan malam ni

Suri perkataan khusus untuk wanita/isteri.Tapi malam ni nak bincang surirumah lelaki.Ada pro & kontra.Suami beri keizinan kepada isteri untuk bekerja luar & suami pula buat kerja rumah.Bahasa Inggeris 'Housewife'...'househusband' atau Mr Mama'.

Ada yang pandang mulia bila lihat suami jemur baju,angkat baju,tapi ada gak yang keji!Ada mesyuarat tingkap yang positif & negatif.Patut ke kita biar ini berlarutan hingga ada istilah 'Queen Control".Kenapa tidak kalau isteri yang bekerja sebab mungkin tawaran untuknya lebih bagus,nak hantar anak ke nursery kosnya tinggi,takut penderaan dll?

Ustaz Muhammad-->Ada 3 sebab:

1)Watak-->ada lelaki yang memang dah biasa buat kerja rumah,jadi tak kisah untuk bantu isteri di rumah
2)Kerja-->Isteri berkemahiran.Masa dulu nak kerja kena guna tenaga fizikal,tapi sekarang banyak guna tenaga mental/fikiran.Banyak kerja yang sesuai untuk isteri di pejabat.
3)Ada perbincangan ->mungkin gaji isteri tinggi,susah pula nak cari pembantu rumah,isteri kenalah redha suami duduk rumah dan jaga anak.

2U-->Tak nak isteri ambil kesempatan,jangan hilang rasa hormat pada suami.Dan anak pula jangan 'confuse' nak hormat sapa lebih(ibu atau bapa).Cuma kita tak nak ada pula suami yang abaikan nafkah untuk isteri,sedangkan beri nafkah adalah tanggungjawab suami.

"Biri-biri jumpa raksasa
Buli isteri memang berdosa"

 Encik Rizal-->bekas jurutera 

Macam saya & isteri,kami sama sibuk.Bila lahir anak ketiga,makcik yang selalu jaga anak kami,anak2nya pula tak setuju maknya jaga.Maka saya berbincang dengan isteri tanpa campur tangan orang lain,keputusan dari hati ke hati tanpa libatkan keluarga.Dah 7 tahun saya jadi Mr Mama!

Belah saya takde penyakit keturunan,alhamdulillah sihat.Tapi belah isteri ada yang obesiti,darah tinggi,kencing manis.Bila saya tanya kalaulah isteri tak bekerja,dia buat apa di rumah.Dia kata jadi surirumah jelah.Saya risau.Saya harap biarlah saya yang mati dulu,tak nak isteri mati dulu,sebab lelaki kalau isteri mati,dia tak boleh hidup sendiri.Sedangkan kalau suami mati,isteri sanggup bersendirian.

Kalau saya pula yang berhenti kerja,saya kata...saya akan cuba dalami agama,dan alhamdulillah ada Kolej Universiti yang sanggup terima saya belajar(out campus).Sambil tu saya uruskan anak,makan,minum,pakai & serba-serbi.Owh...isteri saya bekerja dalam bidang pengurusan.

Caller-->Siti,Pantai Dalam,K.L-->Saya bekerja & suami pula bekerja shift petang.Saya kerja office hour.Masalahnya suami saya bukan 100% surirumah.Memanglah dia jaga rumah masa saya kerja.Kadang2 saya rasa tertekan dengan kerja rumah lagi,anak lagi.Semua kena buat.Kadang2 saya macam nak berhenti kerja,tapi dia pulak tak nak saya berhenti.Masalah saya,suami tak sepenuh masa tolong walaupun dia di rumah.

Uztaz Muhammad-->Siti kenalah ikhlas.Kalau isteri 'ikhlas' bantu suami,ikhlas tak menafikan 'hak'.Islam dah terangkan tentang hak2.Hak tak boleh dipisahkan dengan 'Ikhsan'.Siti bantu suami,jadi suami pula kena gantikan kembali dengan hak,tolong isteri di rumah ke.Dari sudut ikhsan,bantulah isteri di dapur,jaga anak2.



2U-->Isteri kena hargai suami,jangan pijak kepala

Rizal-->Saya bersyukur pada Allah kerana dijodohkan dengan isteri yang mendalam kasihnya kepada suami.Apabila saya di rumah,saya cuba sedaya upaya mungkin nak bagi isteri yang penat pulang bekerja,bila di rumah,rumah sentiasa kemas.

"Makan strawberi dengan halia
Tolong isteri memang mulia"


JUMPA LAGI DI PART 2 YE....



6 comments

2/3/12 00:56

bestnya segmen ni, rugi tk tgok. dpt review kt blog akak pun okelah :D

2/3/12 08:29

@*Arr

owh xpa x dpt tgk...baca je kat blog akak ngeee ^^

2/3/12 08:54

BESTT NYE SEGMENT NI SESUAI TUK DIBACA OLEH SEMUA

2/3/12 09:15

@amiey lee

alhamdulillah blh share kan ilmu dgn kawan2 yg lain :)

2/3/12 09:41

tgk mlm td...mmg best byk ilmu yg dpat dipelajari...

2/3/12 09:47

@Tentang Kita

YE BETUL TU :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...