2

Semanis Kurma~Surirumah Lelaki Part 2

00:42 |

En.Rizal-->Saya ada 3 orang anak,seorang perempuan dan dua lagi lelaki.Yang kecil baru 8 tahun.


Ustaz Muhammad-->
1)Abaikan apa orang nak kata.Baik pun orang kata,jahat pun orang kata.
2)Walaupun suami duduk di rumah,isteri wajib jaga maruah suami,adab2 sebagai isteri.
3)Nafkah-->kena berbincang,jangan buat2 tak faham.
4)Kalau duduk rumah dan takda kemampuan,ada pula banyak masa,jangan pula fikir nak tambah 'baru'.Hantar anak ke sekolah,tengok pula cikgu tadika ^^

Caller--Nursyuhada,Pulau Pinang-->saya surirumah sepenuh masa,suami kerja shift.Suami saya ni rajin semua nak uruskan.Suami bila balik,dia pegang penyapu,tengok anak2.Kadang2 rasa serba-salah,nak cakap dengan dia kalau larat,baru buat.Saya dah tidur pun,dia pergi dapur.Pernah saya cakap tak payahlah buat.Bila tanya mak mertua,rupanya suami dari kecil memang rajin!

2U-->Syuhadah pulak,betapa seronok dapat suami ringan tulang & terlebih rajin.Dia bersyukur tapi ada rasa bersalah.

2U-->Apa perasaan ayah dah 7 tahun uruskan semua?Suka ayah yang dulu(sibuk) atau ayah yang sekarang(ada masa di rumah)?

Wajihah-->Suka.Suka ayah yang sekarang.

En.Rizal-->Saya dah biasa dari kecil lihat ayah tolong emak.Ahli mesyuarat tingkap memang itu perkara biasa.Selalu bila saya jemur baju di luar,ada pulak yang kata "Kalau aku,aku tak buat".Tapi saya kata saya jemur baju isteri & anak2 saya.Saya ambil keputusan ahli mesyuarat tingkap hanya setakat kawan untuk berbual saja,tak lebih dari itu.

Wajihah-->Abah gosok baju,seronok.Tak...tak pernah cerita dekat kawan.

Ustaz Muhammad-->Ada positif & negatif.

POSITIF : Walaupun suami bantu rumahtangga,suami kena juga cuba tolong isteri.Kena bantu ke hadapan seperti betulkan paip ke.....

NEGATIF : Bila isteri diuji hati dengan 'sombong',kurang hormat,doalah supaya hati terus dihiasi dengan watak isteri solehah.

2U-->Bagaimana suami nak bantu beri nafkah?Kami dapat tahu En.Rizal pandai menjahit ye?

En.Rizal-->Setakat ini saya jahit jubah saya je,jahit baju isteri baru sepasang.Tau jelah kain untuk orang perempuan licin,lelaki manalah tahu sabar.Dalam bab nafkah,saya tak pernah tanya berapa gaji isteri,saya tak pernah minta duit isteri saya.Masa saya belajar out campus,ilmu yang sedikit tu ada orang yang nak kongsikan dengan saya.Ada nazir-nazir jemput saya beri ceramah,tazkirah.Saya bersyukur bertukar dari jurutera kembali kepada fitrah kehidupan iaitu menjadi orang yang beragama.Saya tenang...........

2U-->Nak pesan kepada suami,jangan abaikan nafkah kepada isteri.Ada suami yang tak jelaskan hutang yang dia pinjam daripada isteri.Kesian kat isteri.

"Anak itik bermain layang2
Suami baik isteri pun sayang"

En.Rizal-->Alhamdulillah,saya tak sangka kalau Allah dah takdirkan rezeki kepada kita.Rumah sentiasa dikunjungi tetamu...ada yang mengadu masalah.Saya juga ada meruqyah minyak wangi.Ada aktiviti lain yang saya buat bukan setakat tidur.Memandangkan anak nak periksa besar,saya cuma adakan kelas mengaji untuk  orang yang berumur,di rumah saya.Kalau di masjid,mungkin mereka malu nak beritahu masalah mereka.Sungguhpun saya surirumah,setahun dua kali saya bawa keluarga bercuti ke luar negeri.Dan sempena Anniversary/Birthday,saya mampu belikan mereka hadiah.

2U-->Bila kita ikhlas kepada Allah,rezeki luas diberikan Allah.

Surirumah ......pengorbanan yang jarang2 boleh dilakukan oleh kaum Adam.

Ustaz Muhammad-->

1)Niat yang baik akan diperbaiki Allah.Rezeki Allah datang dengan cara tetamu datang ke rumah(macam En.Rizal).
2)Nafkah--suami dalam apa keadaan pun mesti usaha cari nafkah.
3)Orang nak kata,katalah.Lebih baik dikata dalam keadaan kita baik.Orang mengata...beri kita pahala.


RUMUSAN

1)Tugas cari nafkah tetap di tangan suami...walaupun duduk di rumah
2)Jangan serahkan 100% tugas rumahtangga kepada isteri saja.Tanggungjawab suami dan isteri hanya membantu.
3)Kena ikut cara Nabi.Saidatina Aishah berkata bila Nabi duduk di rumah,baginda juga tidak duduk diam sahaja.Islam memang menggalakkan suami turun padang--ke ruang tamu,dapur.Jangan ada queen/king control.Yang ada cuma remote control.
4)Tugas perlu dilakukan bersama-sama--sebelum isteri keluar bekerja buatlah breakfast,isteri bakar roti,suami bancuh air.Kalau berpakat jaga rumah,anak2 akan bahagia.Anak2 juga perlu dilatih bantu uruskan rumah.

DOA


Ya Bari'-->40 kali selepas solat--segala urusan dipermudahkan Allah--suami rajin
Berzikir Subhanallah~Alhamdulillah~Allah Huakhbar~semuanya 33 kali--zikir ini yang diamalkan Fatima az-Zahra supaya hilang penat.
Surah al-Anbiyaa' ayat 83--juga supaya dipermudahkan urusan



MANISKAN IMAN MANISKAN SENYUMAN









2 comments

2/3/12 01:42

menimba ilmu berumahtangga di sini hehe ^^

2/3/12 08:31

@*Arr

boleh aja sis....tak rugi tmbhkan ilmu ^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...