4

Gabranya Pekena Jamu..ya asyikkkk!

08:43 |


Salam pagi semua.Sapa pernah minum jamu yang dibancuh panas2 tu?

Van jual jamu ni popular di pasar malam Desa Cempaka,Bandar Baru Nilai.Mama saya kerap juga minum jamu di sini.Saya pun dah lama tak minum jamu.Apalagi officemate,Ketarina pun nak juga..jom!


Hah ini antara jamu yang kami pilih.Nak pilih jamu saya tanya mama apa yang bagus.Sebenarnya saya takut sikit nak minum jamu paket,risau kot tak diluluskan kementerian ke,atau dah tarikh luput ke.Saya belek betul2  paket jamu yang saya nak minum tu.Rasanya saya lebih suka makan jamu jenis kapsul yang popular macam Mak Dara tu atau Orang Kampung.

Tertarik nak ambil gambar jamu ni


Kalau satu paket RM2.50,kalau dua paket RM3.50

Hah mula2 abang ni panaskan air dulu

Yarghh itu dia...bancuhlah jamu dengan madu,sedikit air manisan dannnnn

Telurrrrr yarkkkk....

Then 'mix' lah semua bahan tadi


Tersengih abang ni tengok gelagat kitorang,cuak gak nak minum hehhehe

Hhahahha Ket dah gelak besar!Ini 1st time dia nak minum jamu.

Best tak..yang tersurat nampak macam Teh Tarik 

Yang tersirat Jamu Kaw2 punya,pekat gilaaaa!


Ramai pelanggan tetap,bukan pekerja warga asing je orang tempatan pun ada.

Yehaaaa rasa segar dah minum jamu.Best bila badan rasa panas.Lepas minum je jamu,abang tu bagi minum air oren untuk hilangkan rasa jamu tu di tekak.Dan makan gula2 yang diberi.Tapi bagi saya ok je rasa jamu tu taklah sampai nak termuntah.Oklah bagi korang yang nak cuba minum jamu fresh,datanglah ke Nilai ye ^^




Jumpa lagi di lain entri assalamualaikum....


4 comments

19/4/12 12:56

waahhh..xpernah lagi tengok macam ni.selalu tengok jamu yang lain2 yg famous tu je.huhu..

19/4/12 17:45

menakutkan nya. ni baru btol2 jamu

25/4/12 15:08

@.:hana radzi:.

hye sis hana!owh nanti cubalah minum jamu yg fresh dibancuh macam ni segar badan ^^

25/4/12 15:09

@cik chinta

hye cik chinta hahhahaha takut?nanti cubalah try best tau!!!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...