7

Jamie Oliver's Food Revolution di 8tv~Semua patut tengok!

17:05 |
 Setiap hari Khamis pukul 10.30 malam di 8tv

Chef yang terkenal,Jamie Oliver.Dia cuba mengubah cara pemakanan penduduk di Huntington,West Virginia di US.Diberi jolokan America's Unhealthiest City!Ramai penduduk di sini mati awal akibat obesiti,itu semua kesan dari gaya pemakanan yang salah.

Jamie mula tertekan dan sedih melihat freezer di dapur Central City Elementary School, penuh dengan makanan segera dan sejuk beku.Tiada makanan segar dan mentah!Terpaksa 'bergelut' dengan tukang masak 'otai'..untuk mengajak mereka menukar menu dari Frozen to Fresh.

Hari pertama Jamie di sekolah ini,dia terkejut melihat;

SARAPAN PAGI = PIZZA & SUSU BERPERISA(takde langsung susu perisa asli) juga buah

TENGAHARI = NUGGET & KENTANG LENYEK INSTANT(bukannya kentang yang dikupas kulitnya,tapi sejenis serbuk perisa kentang(macam kanji) dan dikacau dengan air)

PETANG/MALAM = menu makanan tengahari tadi bersama roti yang dibuat sendiri oleh tukang masak.

HASILNYA YANG MASUK TONG SAMPAH = BUAH & ROTI (kanak-kanak lebih pilih makanan yang diproses

Keesokannya setelah permohonan Jamie 'lulus' dengan pakar pemakanan,dia buat menu ayam segar yang diperap dan salad.Nampak menyelerakan tapi bila disuruh kanak-kanak pilih masa makan,mereka sukakan PIZZAAAAA!Hampa Jamie bila dia berdiri berdekatan,melihat tong sampah penuh dengan makanan segar yang dimasaknya.

Jamie mengeluh dan berkata makanan budak di Afrika lagi berkhasiat dari budak di Amerika!!!

Ini pula di rumah seorang ibu obes,Stacie yang anak2 nya juga obes!


Jamie menyuruh Stacie masak dan juga keluarkan semua makanan dan stok di dapur dan fridge.Dan inilah ia..........makanan yang 'membunuh' keluarganya.



Jamie berjanji untuk mengubah tabiat pemakanan mereka dan beri menu untuk seminggu.Jamie juga menanam periuk goreng di belakang rumah Stacie.Itu sebagai pendorong untuk Stacie masak makanan guna bahan mentah yang segar.


Jamie sebak bila niatnya disalahertikan penduduk setempat,hingga keluar kritikan tentangnya di suratkhabar. Wartawan juga datang untuk mendapatkan penjelasan darinya.Jamie sanggup merantau dan meninggalkan isteri & anak2 demi membantu penduduk Huntington.

Kanak-kanak di Malaysia juga banyak membesar dengan makanan segera & proses.Ibu bapa yang sibuk akan memastikan dapur penuh dengan stok makanan segera.Gerai dan restoran yang banyak dan sentiasa 24 jam beroperasi,turut menggalakkan rakyat Malaysia makan luar.

MAKAN UNTUK HIDUP bukan HIDUP UNTUK MAKAN.

Ikutlah sunah nabi Muhammad S.A.W "MAKAN SEBELUM LAPAR,BERHENTI SEBELUM KENYANG"


7 comments

27/4/12 17:37

serius sy suka dia..selalu tgok masakan dia..bagus tuk kesihatan.walaupon dia guna dua tgn untuk mengacau masakan dia..err..

1/5/12 21:59

jemput join my GA :)


http://mtlurvehanna.blogspot.com/2012/04/birthday-giveaway-by-hana-radzi.html

2/5/12 14:57

Oh its great.. he .. good food tgok kesihatan.walaupon tuk him to interfere with the use of two culinary institute he .. err ..
925 Sterling Silver Jewelry

4/5/12 10:39

izan suka tgk semua rancangan jamie oliver ni. masakan yg dia masak semua best2 n menyihatkan...

15/5/12 13:08

@Izan Ishak

trma kasih kepada smeua yg sudi tgglkan komen ^^

byk kita blh pelajari dr rcgn Jamie ni...

2/5/13 22:07

oh my. thank you...

syukur ada yang ingtkan. selalu lupa..

suka sgt rancangan ni..

2/5/13 23:18

@chimidama hye sis betul tu..give me 5!suka rcgn ni...skrg ada ulgn kt 8tv n tgh tgk jugak ni :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...