2

Ketenangan di Laut Selat Melaka membuat saya terfikir,apa erti SAHABAT?

10:37 |
Assalamualaikum semua salam Jumaat.Alhamdulillah tuan blog ni masih diberi kesempatan untuk berkongsi diari kehidupan di blog.Setiap minggu saya menemani abah dan mak ke rumah uncle di Taman Seaview,Ujong Pasir,Melaka.Uncle saya dan isterinya,doktor dan sebaik kami pulang dari hospital,cukup suka lepak di rumahnya.

Rumah uncle betul2 bersebelahan Laut Selat Melaka.Bayangkan betapa indahnya ciptaan Allah & deruan ombak tanpa henti....benar2 merehatkan minda.

Memang bestlah lepak di sini apatah lagi jiwa seorang blogger,yang suka mencari idea spontan untuk dijadikan entri.

Saya nak kongsikan petikan dari akhbar;

Ahli Falsafah Perancis,Albert Camus pernah berkata,seorang sahabat yang baik akan saling menyokong sahabatnya menghadapi apa jua masalah meskipun tiada lagi kudratnya."Jangan jalan di belakang saya,saya mungkin tidak mampu memimpin.Jangan jalan di depan saya,saya mungkin tidak akan mengikut dari belakang.Hanya jalan di sebelah saya dan jadilah sahabat saya," ujarnya.

video

  "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar"

2 comments

13/4/12 11:25

Alhamdulilah... Subhanallah ! indah sungguh...

saya pon suka tepi laut.. nampak tenang jer

13/4/12 18:04

Hadir mengunjungi sahabat baikku di alam maya.
Teringat kata-kata ahli hikmah mengenai sahabat: "Carilah sahabat walau seribu kerana seribu itu sedikit, hindarilah musuh walau seorang kerana seorang tu ramai..."

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...