2

Telur Pindang erkkkk bluekkkk!

16:47 |
Assalamualaikum semua.Bagi orang Johor memang 'familiar' lah dengan telur yang keperang-perangan ni.Saya terkejut masa di stesen minyak di Putrajaya,nampak telur ni di kaunter.Tak sangka makin terkenal telur pindang,ni.

Telur ni banyak digunakan masa kenduri kahwin,kenduri doa selamat,kenduri cukur jambul dan hari jadi(ada ke hahahaha)!


Walaupun saya orang Johor,tapi saya tak suka telur pindang.Pernah masa tu sepupu saya kahwin dan terdapat banyak lebihan telur pindang,maka diagih-agihkan kepada sedara-mara.Bayangkan hidup saya diselubungi TELUR PINDANG SELAMA SEMINGGU LEBIH!!!Telur pindang masak sambal,masak kicap,masak rendang dengan pucuk ubi,masak lemak cili api,dan arghhhhh saya memang tak lalu makan masa tu!Memang memori yang takkan dapat dilupakan hehehehee.

CARA BUAT TELUR PINDANG

TELUR PINDANG



Daun manggis 
Daun lengkuas
Daun jambu untuk beri warna hitam pada telur
Daun serai + isi
Daun senduduk
Kicap pekat
Ketumbar 2 kg
Jintan halus 100g
Jintan kasar 100g kisar semuanya
Bawang kecil 3 kg dengan kulitnya
Bawang putih 1kg
Cili kering 200 g
Isi lengkuas
Cuka 1 cawan
Garam secukup rasa


Cara membuatnya:
- apabila semua daun telah dicuci, susun sedikit demi sedikit daun dalam periuk.
-letakkan semua bahan- bahan yang digunakan sedikit demi sedikit sambil diselangi telur
-Buat sehingga habis bahan
-kemudian, telur hendaklah direbus pada api yang kecil dalam jangka masa 2 hari.
(Kredit Info -->  caricni)


2 comments

25/4/12 16:59

ayah eka suka telur pindang ni..
eka boleh makan tapi selalu tak habis.hihihihi

selalu kat belah perak telo rebus bese je,tapi org kawen punya tak sama langsung ngan telor rebus sndiri.
mak suka buat leur sambal telor kicap telur kari ngan kentang paling best

25/4/12 17:06

@Cik Eka

owh mcm2 resipi blh msk guna tlr pindang ni...tapi tulah akk mmg susah nak telan hehehehe ^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...