0

♥Ahlan Wa sahlan Ya Rajab~Jom kurangkan tidur!

08:40 |


Assalamualaikum semua sahabat!Alhamdulillah mesti ramai yang mengambil kesempatan untuk menambahkan lagi amalan sunat dengan berpuasa di bulan Rejab,bulan menabur benih.Sudah ramai rakan blogger yang berkongsi kelebihan berpuasa,berzikir,berselawat & bersedekah di bulan Rejab.Saya juga tak ketinggalan menjadikan buku kesayangan sebagai rujukan setiap tahun.


Semasa memandu menuju ke pejabat,saya sempat mendengar radio IKIM FM~Motivasi Pagi.Sebak sangat bila Ustaz tu kata;

  • Adakah kita puas dengan amal ibadat yang dilakukan?
  • Adakah kita khusyuk semasa menghadap Allah SWT(solat)?
  • Sudah cukupkah amalan untuk kita bersedia 'berjumpa' Allah SWT?
  • Syurga atau neraka ke,tempat kita?

Ustaz kata dulu masa dia masih belajar,perjalanan menaiki bas dari Ipoh ke Kuala Lumpur,dia akan elakkan dari tertidur.Rugi rasanya menghabiskan masa yang singkat ini...dengan tidur.Sedangkan banyak boleh dilakukan dalam bas;sama ada membaca buku,majalah,suratkhabar atau melihat pemandangan di luar.

Anak2 zaman sekarang terlalu banyak 'disruption'  & 'distraction'.Otak tak boleh fokus sebab kehidupan penuh dengan aktiviti akademik;kerja sekolah menimbun,aktiviti kokurikulum,aktiviti sukan,tusyen,mengaji dll.Anak2 ustaz pun setiap kali dalam kereta mesti nak tidur.Anak2 jadi malas otak untuk melihat keindahan semulajadi,sebab otak dah terlalu letih.

Saya sendiri juga susah nak tidur dalam kereta walaupun perjalanan dari Salak Tinggi ke Taiping,boleh tahan jauh.Dari kecil cukup suka melihat pemandangan,suka berfikir,suka berkhayal,suka melihat aktiviti penduduk di kawasan yang saya lalui.Hinggakan saya boleh perasan "Eh,rumah makcik tu dah cat birulah"~"Wah,pakcik tu dah besarkan reban ayam dia".Sebagai blogger,banyak idea spontan yang saya dapat sepanjang perjalanan.Tak rugi rasanya tak tidur.


Jadikan bulan Rejab ini sebagai permulaan untuk melatih diri kurangkan tidur.Banyak lagi perkara berfaedah yang perlu dilakukan,selagi Allah SWT memberi kesempatan untuk kita menjalankan tugas sebagai hamba-NYA,di 'pentas dunia' ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...