12

Pelik sangat ke saya kalau???

09:59 |

1~Bila nak keluar rumah kan elok langkah kaki kanan.Andai kata masa tu saya nak cepat 'then' terlangkah kaki kiri dulu,saya sanggup 'reverse' dan langkah kaki kanan pulak.Pelik ke saya,tak kan???


2~Bila beli barang di kedai/hypermarket..cukup suka ambil barang dalam rak,pilih yang terletak di bahagian belakang.Tak suka ambil barang yang disusun paling depan.Ntah bagi saya yang kat depan tu orang dah ramai belek,dah cuba dan ramai dah 'spray'.Contoh macam deodorant,perfume,bedak,losyen dll.Pelik ke saya,tak kan???


3~Beli majalah pulak,mesti nak ambil yang disusun paling tengah atau belakang sekali.Ntahlah sebab yang paling depan tu orang dah belek2 sampai sedikit lunyai.Memang patutlah nyonya dan juga uncle mamak letak nota kat rak majalah "DILARANG MEMBACA!".Pelik ke saya,tak kan???

4~Masa di shopping mall,waktu nak naik 'lift'..mesti juga nak tekan butang lift yang naik,turun tu.Walaupun dah ada orang yang tekan,eh eh nak jugak tekan.Sengal betullah saya ni.Pelik ke saya,tak kan???


5~Waktu makan pula,kadang2 masa budak kedai ambil order nak minum apa,kadang2 saya 'blur'.Toleh kanan,toleh kiri untuk tengok pelanggan2 kat situ kebanyakannya minum apa.Diorang umpama 'menu bergerak' saya.Masa tu dapatlah idea nak minum apa.Pelik ke saya,tak kan?


6~Tiap kali nak makan di satu tempat baru,saya akan tengok juga gerai/kedai makan mana yang paling ramai pelanggan.Ntahlah mungkin kedai tu sedap kot,atau servis bagus.Kalau sedap bolehlah jadi 'regular customer',kalau tak sekali tu jelah pergi.Pelik ke saya,tak kan???


7~Peningggggg kalau makan bubur kacang hijau,tembikai dan tembikai susu.Yark!!!Bau benda ni buatkan saya pening tiba-tiba.Terliur juga tengok orang makan tembikai masa berbuka puasa di bulan Ramadhan,saya cuma mampu makan satu potong tembikai je.Bubur kacang hijau makan sesudu dua pun jadilah,hilangkan kempunan.Uishhhh pening...pening.Pelik ke saya,tak kan???



8~Setiap kali makan roti keping,saya tak suka makan kepingan yang mula2 dan terakhir tu.Tak sukalah makan kulit roti yang coklat tu.Kalau makan buah tomato pun macam tu jugak(saya cukup suka tomatoooooo!).Setiap kali kalau makan tomato yang dijadikan hiasan dalam nasi ayam & chicken chop,atau dalam kuah tom yam..saya makan tomato hirisan yang tengah.Saya tak suka makan buah tomato yang bahagian atas atau bawah tu erkkk...faham ke korang?Pelik ke saya,tak kan???


9~Fobia pada ular...dan kalau boleh biarlah binatang tu makhluk hidup paling terakhir yang saya terpaksa jumpa di dunia ini.Rasa macam ada konflik peribadi lak dengan binatang tu!Ntahlah kalau tengok tv ke,tengok majalah ke..memang saya tak bolehlah.Bayangkan saya sanggup koyakkan atau 'stapler' je muka surat yang ada gambar 'benda alah' ni.Meja belajar anak saya yang ada gambar A...B...C...Z... tu kan ada gambar ular.Saya koyak habis ular tu hahahahha.....Pelik ke saya,tak kan???






CUKUPLAH 9 BENDA PELIK-PELIK YANG SAYA SUKA BUAT.KORANG PULAK???



P/S-->Saya ingatkan saya dah cukup pelik.Tapi ramai lagi sekeliling saya yang pelik bin ajaib ngee ^


12 comments

29/5/12 10:34

hehe tak pelik. me too. suke jugak buat certain2 things kat atas tu. =')

29/5/12 10:56

@najwa's

owh sis najwa...hah apa benda yg kita sama pelik tu ngeee ^^

29/5/12 12:34

Lain padang lain belalang, lain orang, lain jugalah tingkah lakunya.

29/5/12 14:19

pelik plus unik! hehe

30/5/12 09:37

Nombo 5 tu... baik kamu mintak rasa dulu kat orang sebelah... kah kah kah!

30/5/12 15:47

@-gedek!

kang kena penampor lak nanti hehhehe

30/5/12 15:48

@Cik Asma BLuppy

wink wink ^^

30/5/12 20:27

tak pelik, ramai yang buat... termasuk saya :-)

30/5/12 20:57

ahaha.. saya pun camtu jugak. especially tang beli barang or majalah tu. mmg amik yg belakang n tengah2 majalah. heeee

5/6/12 23:41

tak pelik sangat la sebab kebanyakannya penah buat jugak :P

19/6/12 21:11

izan pun suka amik majalah yg belah2 bawah... konon masih cantiklah.. hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...