5

Run Away~Take Away~Pass Away

12:59 |
Salam ceria semua!Korang lepas habis SPM/DIP/DEGREE....mesti pernahkan kerja 'part-time'.Masa tu pilihan utama mesti nak kerja di 'Fast Food'.Makan free hahahaha.Saya pun pernah juga kerja di McD Taipan,USJ Subang Jaya.Bermula sebagai tukang goreng 'french fries',then naik pangkat sebagai 'cashier' terus jadi Store Activities Representatives.Best betul,saya 'handle' birthday party dan melawat rumah anak2 yatim.Pernah juga terpaksa menari di atas pentas di Subang Parade dengan Ronald McDonald's adeihhhh ^^


Sebagai cashier memang menguji kecekapan mengambil 'order',melayan pelbagai kerenah 'customer' & melatih sifat amanah menjaga duit.Masa mula2 jadi cashier,kalau saya nak sebut sesuatu perkataan tu mesti tak berapa jelas(owh lupa nak cakap saya dari kecil sampai la ni suka cakap laju,atok kata macam keretapi nak tercabut)!

Baru2 ni officemate saya,'Ket' beritahu pengalaman kawan dia kerja di 'Fast Food'.Memang lawak!Kawan Ket kerja sebagai 'cashier'.Biasalah kan masa ambil order kenalah tanya 'customer' nak 'having here or take away'.Tapi kawan dia tersilap tanya....

"Sir....having here or run away?"

Korang boleh bayangkan tak customer tu tercengang hahahhahaha!!!

Store Manager kemudian perli kawan Ket.....

"Mula2 Take Away...then Run Away...after that Pass Away!!!!

(sambil tak henti2 gelakkan budak tadi tu)



Korang pernah tak kerja di Fast Food?Mesti ada pelbagai kenangan,kan?Oklah jumpa lagi di lain entri daaaa.......




5 comments

15/5/12 13:53

iols penah gak dedulu keja kat mekdonel...
part time aje pun...
tapi memang macam kerenah customer ni...
ada yg buat kita gelak...
ada jugak yg buat rasa nak marah tu....

15/5/12 14:14

aku tak ada pengalaman kerja kat fast food - tapi kerja part time checker untuk fast food memang ada.. biasanyer diorang leh perasan.. yang kelam kabutnyer floor manager lah.. mcm lipas kudung suruh anak buah buat kerja pembersihan...

aku datang hanya untuk check, bukan nak bagi orang susah!

15/5/12 14:55

@miloais milo

owh ye betul tu!kerja part-time dpt mengajar kita cara2 berkomunikasi dgn org ramai ^^

15/5/12 16:21

@Inilah Aku

hahahha betul tu.mmg kelam kabut kitorg tau!kalau markah KO mulalah bos membebel itu ini.

15/5/12 17:47

izan takde pengalaman keje kat fast food restoran ni sis alea. kalau hubby izan penahlah dulu2 keje kat kfc sblm kawen...macam2 kisah jugak yg dia kongsikan...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...