10

Slot Seram TV3~Drama Waris Sekuel Kekasihku Seru

09:55 |


Salam Jumaat semua.Sapa yang pernah 'follow' drama ni dulu,mesti semalam dah tengok episod pertama;

WaRiS


Semalam cuba memberanikan diri untuk tengok drama ni.Ok..saya memang kategori penakut dan tak boleh tengok drama/filem yang ada adegan hantu & bunuh2 huhu.Tapi episod pertama ni pun dah buat saya senak perut.Tapi bila anak yang kecil tanya "Mama tak takut ke tengok drama ni sorang2?Kitorang semua nak tidur ni,esok nak sekolah."Saya dengan bangganya cakap "Tak takut pun."

Sampuk si kecil lagi "Yelah mama kan dah besar,dah tua...mana boleh takut hantu,kan.Hantu dalam drama tu pun bukannya betul,tipu je.Dia pakai bedak,mekap tebal2,pakai mata pelik2(contact lens)..jadilah hantu.Kan mama???"


Emelda Rosmila - Marisa
Dari dulu sukakan Emelda,semakin cantik dan berisi sejak bergelar isteri Adlin ^^


SINOPSIS

WARIS merupakan buah tangan terbaru daripada pengarah berbakat besar, Kabir Bhatia dan garapan skrip oleh Mira Mustaffa, Tommy CT Loh dan Nik Naemah. Sekuel drama tersebut mengisahkan kehidupan Rashad dan Marisa selepas 10 tahun yang tenang bersama anak lelaki mereka Amar. Waris menjadi igauan ngeri bagi Marisa pada suatu ketika dulu kerana dia merupakan mangsa kepada Waris yang memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu untuk memastikan hayatnya berpanjangan.

Marisa bersyukur kerana dapat memulakan kehidupan baru bersama suami tersayang dan anak lelakinya yang sangat ceria dan aktif. Kadang-kala dia akan berasa sedih apabila terkenangkan anak kembarnya yang sudah meninggal dunia pada hari kelahiran.

Rashad dan Marisa telah membawa Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh secara kejam dan meninggalkan anak perempuannya yang masih kecil, Sarah.
Marisa menjadi panik apabila Amar hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan. Namun, doktor mengesahkan keadaan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu, Amar berubah menjadi murung dan cepat marah. Buntu melihat perubahan anak mereka, Rashad dan Marisa telah membawanya pulang berjumpa dengan Mas Suri, Ibu kepada Marisa.

Mas Suri mula berasa bimbang jika masalah yang sering membelenggu fikirannya selama ini telah menjadi nyata. Dia risau jika Waris telah bangkit semula. Mas Suri terpaksa membuka rahsia yang anak kembar perempuan Marisa masih hidup dan berada di bawah jagaan Rokiah. Mas Suri terpaksa memisahkannya daripada Marisa kerana dia tahu Waris akan kembali memburu anak perempuan keturunan mereka. Rokiah yang dipertanggungjawabkan menjaga anak perempuan itu telah menyerahkan anak tersebut kepada sepupunya kerana menganggapnya sebagai beban.

Marisa seakan tidak percaya mendengar pengakuan Mas Suri. Tergamak Mas Suri melakukan perkara yang sama dia pernah lakukan pada Marisa. Mas Suri memohon maaf daripada Marisa kerana dia tiada pilihan lain bagi melindungi cucu perempuannya daripada ancaman Waris. Selama ini, Mas Suri sedar bahawa Mas Ayu tidak akan berputus asa dan dia akan menyeru semula Waris.

Amar menjadi sasaran baru Waris yang terdesak untuk mencari Tuan baru kerana keadaan Mas Ayu yang terlalu lemah dan sedang nazak. Waris perlukan badan baru untuk berkuasa semula. Walaupun masih marah terhadap ibunya, Marisa perlukan bantuan Mas Suri untuk menjejaki anak perempuannya, Sarah yang kini dijaga oleh Aida dan suaminya, Fariz.

Sarah membesar dalam keadaan yang daif tanpa belaian kasih sayang. Selepas ibu angkatnya meninggal dunia, Aida telah mempelawa Sarah untuk tinggal bersama. Tanpa disedari, Aida telah mengundang bahaya dalam kehidupannya. Sarah yang dipengaruhi oleh kuasa jahat telah memberi ancaman nyawa kepada ahli keluarga barunya.

Sempatkah Mas Suri dan Marisa menjejaki Sarah sebelum Waris? Apakah muslihat Waris akan berjaya pada kali ini? Berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya daripada ancaman Waris buat selama-lamanya?

Jangan ketinggalan untuk menonton WARIS bermula 14 Jun 2012, setiap hari Khamis jam 10.00 malam di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikan WARIS boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3 malaysia untuk mendapatkan berita terkini.




Kredit Foto & Info :




10 comments

15/6/12 10:30

Salam perkenalan. Blog saya masih baru lagi. Harap dapat support blog saya dgn jd follower saya. Saya dah follow blog ni =)


http://apelak.blogspot.com/2012/06/mari-jadi-jiran-blog-saya.html

15/6/12 10:49

@En. Beyazid

owh slm kenal kembali.wah makin bertambah blogger yg best...ok otw ke sana... ^^

15/6/12 11:45

teringin nak tengok malam tadi . tapi husband tak bagi tengok . aduyai

15/6/12 12:12

@cherry_ijau

owh husband tak mau sis takut gi toilet tgh2 mlm kot ngee ^*

15/6/12 12:38

eee...citer2 hantu camni..seram nk gi toilet..especially toilet kte kat luar umah..blkg utan...eeee...seram!

15/6/12 14:20

@Yumida

toilet kat luar??ya ampun sggp sy tgu esok hari ngeee ^*

pikiranku cerah bila mampir kesini..senyum deh

19/6/12 20:54

salam singgah sis alea... sihat ke?

izan tak tgk citer hantu2 ni skrg. lagi2 citer amukan pocong sblm ni... waris ni pun tak sempat tgk lagi. kalau citer kabir bhatia mesti best kan.

asyik cite hantu je tb3 ni uhukkk

11/7/12 11:31

saya dah besar nie pun penakut nak tengok citer nie..kalau tekeluar iklan citer nie cepat2 tukar channel

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...