2

Tabik springlah pada suami yang sudi..........

09:54 |
BELIKAN PAD untuk isteri yang tersayang

Dulu2 hubby memang benci kalau dalam senarai barang yang nak dibeli,terselit jenama 'Roti Kecil'.Memang dia segan giler masa nak bayar kat kaunter.Tapi sekarang dia ok je.Dia kata bangga apa..itu tandanya suami sayangkan isteri(ceittt)...

Tapi saya memang sampai sekarang segan nak beli pad,nak lagi kalau kat hypermarket.Kan ramai beratur belakang,boleh nampak barang yang kite beli.Pernah ada sekali tu sorang lelaki tu siap jengok kat troli saya,dan cakap "Owh cik adik tengah subur ye?".Amboi,mulut takde diskaun!!!

Saya masa zaman sekolah tiap kali beli pad kat kedai,selalu suruh cashier tolong balutkan pad tu dengan suratkhabar.Sebab sepanjang perjalanan nak balik ke rumah,kena lalu kawasan perumahan yang ramai penyewa bujang lelaki.Malu kalau orang nampak barang dalam plastik.Tapi itulah,zaman la ni iklan tv dah tak malu tunjuk kelebihan dan kehebatan tuala wanita.Saya segan kot dengan anak2 yang tengok iklan tu.

Owh kelakar tengok muka Lee Min Ho(Jin Ho) masa terpaksa beli pad untuk Kae-In.

Awat sesat cerita tentang korea ni ?Owh saya baru khatam 'My Girl' dan tengah layan 'Personal Taste' lah pulak ngee ^*



2 comments

16/7/12 11:29

skang nie dah byk iklan ttg pad di pasaran....gadis2 yg jadi model taks egan silu pulak....

16/7/12 15:48

@Tentang Kita

ye betul tu huhu segan tau euwwww

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...