4

Al-Quran Waqaf & Ibtida'~Telaga Biru

14:14 |
Salam ramadhan semua.Perghh lama betul saya tak update blog.Owh saya nak kongsikan apa yang saya sempat lihat di MHI TV3 baru2 ni.Semua pun mesti dah tau kelebihan AL-QURAN Waqaf & ibtida'.Jom baca;




Al-Quran Al-Karim dengan panduan Waqaf & Ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. Al-Quran AL-Karim Dengan panduan Waqaf & Ibtida’ ini tidak sesekali merubah tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran. Jika pembaca berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan.


Nama Penyusun : Tan Sri Hj Hassan Azahari & Dr. Raof Tan Sri Hassan

Harga: RM 75.00

Kod Produk: TBAQ 1002

Barcode: 9555-056-300-266

Saiz: 21.4 cm X 29.2 cm

Cetakan: 4 Warna

Mukasurat: 641 ms

Tarikh produk berada di pasaran: Julai 2012



"Membaca Al-Quran memang banyak tajwid yang perlu dijaga.Di sinilah,timbulnya kewajipan individu itu untuk bukan sahaja perlu memahami hukum hakam dalam ilmu tajwid, bahkan ia juga perlu mempelajari dan memahami al-Quran agar ia dapat memberhentikan bacaan dan menyambungkan bacaan pada tempat yang betul dan sesuai tanpa merosakkan maknanya," ujar Dr. Abd. Rauf.Di sinilah persoalannya.

Adakah tempat yang kita berhenti itu dianggap elok dan tidak merosakkan makna? Ini permasalahan yang saya kira dihadapi oleh umat Islam di Malaysia. Apabila seseorang itu membaca di hadapan guru atau ustaz, ia akan bertanya ‘nak berhenti di mana ustaz’? Begitu juga apabila setelah berhenti (waqaf) ia akan bertanya ‘nak mula dekat mana ustaz’? Cuba lihat dua contoh ayat di bawah;

1)Saya minum teh.......cina di bawah rumah

2)Saya minum teh cina......di bawah rumah

Memang ramai baca Al-Quran tapi ramai juga yang dilaknat kerana tidak menghayati tajwid & hukum.Satu cerita yang best untuk dikongsikan di sini...

Ada seorang pakcik tua yang dah pencen."Sebulan pakcik baca 10 juzuk,kalau 3 bulan dah khatam.4 kali pakcik khatam dalam setahun".Hebat,kan!

Bayangkan ramai di antara kita buka FB,berapa lama duduk hadap FB?Yelah kadang2 teruja nak balas mesej.Nak baca Al-Quran pun kena ada rasa cintakan Allah & agama.Bayangkan bukan setakat pahala melimpah ruah,tetapi juga ketenangan jiwa dan ketajaman minda yang akan diperolehi.


JOM BACA AL-QURAN!!!



4 comments

10/8/12 14:49

bagusnya.. sy sendiri msh lemah bab2 tajwid ni..

10/8/12 16:26

@IntaNBerliaN

slm ramadhan sis!owh baguskan al-quran ni blh mbantu mperbaiki lg bacaan ^^

11/8/12 13:30

salam ramadhan sahabat baikku.
Bagus n3 ini. Memang waqaf dan ibtida` salah satu perkara yang amat penting dalam pembacaan al-Quran, tentunya ia memberi masalah kepada yang tidak dapat berbahasa arab. Hmm...dengan adanya mushaf ini amat memudahkan...
Tiada alasan lagi untuk tidak membaca buku Allah!

13/8/12 08:42

@abuikhwan

slm ramadhan juga utk shbt abu ikhwan yg rajin skg blog saya ni ^^

yelah bg muda belia ini bkn lg alasan utk takut tsalah baca dll.bsyukur krna ustaz rauf dan ustaz hassan sentiasa kreatif utk mengajak umat islam cintakan al-quran

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...