0

Hari Raya Aidiladha Si Warga Bangladesh

11:36 |


 

Assalammualaikum...ye saya aleasara yang dah lama menghilang seketika dari dunia blog huhu.Salam Hari Raya Aidiladha saya ucapkan kepada semua ^*.Raya kali ini kami sekeluarga sambut di Desa Vista,Salak Tinggi,Sepang.Dekat je dengan rumah kami.

Sapa kata raya hanya meriah untuk warga tempatan.Cuba tengok foto kat atas ni.Ada sesuatu yang menariklah!

Nampak tak ramai umat Islam warga Bangladesh baru pulang dari solat hari raya.Cuba tengok walaupun mereka mencari rezeki di Malaysia,ikatan silaturahim sesama mereka tidak dilupakan.'PENGORBANAN' mereka merantau ke negara orang,meninggalkan keluarga tersayang demi mencari sesuap nasi patut kita contohi,kerana kita rakyat Malaysia sudah lama 'manjakan diri'.Tahniah kepada majikan mereka yang sediakan pengangkutan untuk ke masjid.

Taraaaaa........janji mereka dpaat menunaikan solat sunat ye tak?

 Tak kira pengangkutan apa pun yang kita naiki,yang penting Allah sentiasa 'menunggu' di rumah-NYA ^*

Yarghhh kedai ini milik warga Pakistan,lepas solat berduyun-duyun warga Bangladesh serbu hehehehe.Yelah diorang nak raya pun nak pergi rumah sapa kat sini.

Oklah Selamat Hari Korban...sementara kita semua masih diberi peluang bernafas sebagai hamba-NYA,jangan kedekut untuk berkorban masa,wang dan tenaga membantu mereka yang memerlukan,sentiasa berkorban hawa nafsu,juga berkorban untuk ibubapa dan ahli keluarga ^^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...