6

Karipap Cencaluk Mertuaku

14:25 |
Salam semua!Saya ni memanglah tak reti buat kuih.Setakat buat nasi minyak,beriani dan lauk2 tu boleh je.Bagi saya kalau setakat nak makan kuih ni,beli jelah 3 biji ke berapa biji ke kat luar.Saya rasa rimas nak duduk dapur lama2 untuk buat kuih hehhe.Tapi hari tu mak dan abah mertua datang.Sebab cucu-cucunya suka karipap,mak saya tu buatlah dan saya pun pejam mata,tengok-tengok macam tu je.Dah memang tak minat,kan.

Bila mereka dah balik kampung,sayang pula tengok ada lebihan tepung dan marjerin.Apatah lagi dapat banyak daging korban,maka bermulalah eksperimen.Anak-anak cukup teruja dan mereka memujuk saya buat sempena 'birthday' si kembar Irfan & Irdiena yang ke -10 tahun!Cairlah saya seketika,nak tak nak saya beranikanlah diri.Setakat buat inti karipap berlaukkan daging dan kentang,saya tutup mata je masak.

Tang nak buat kulit tu hah,saya pakai redah aje.Anak saya yang kecil tu siap kata "Mama,kenapa tak sukat pakai cawan macam opah buat?".Saya takde pakai cawan,terus tuang je tepung dalam mangkuk agak2 macam nak buat cucur bilis tu hah!Saya masukkan marjerin yang dah dipanaskan dan masukkan sedikit air sejuk dari 'fridge'.

Dah siap doh,saya penyekkan sedikit dan sedia untuk diuli.Nak lagi lembut dohnya,kena biarkan seketika tapi masa tu buat,masa tu gak saya nak siapkan untuk digoreng.Anak-anak tak sabar nak makan.

 Meh kita uli...uli...uli dengan.......




v
v
v
v
v



Taraaaa....botol cencaluk????!!!Hehehe saya kan kata tak minat buat kuih maka memang takdelah alat-alat membuat kuih.Maka saya cuci bersih dan lap kering botol kaca cencaluk yang belum pernah dibuka ni.Kenalah kreatif ye tak?


Semerbak harum inti yang saya buat ni,tu yang anak-anak semakin lapar.Gunakan sudu bubur McD untuk init yang ngam2 terletak chewahhhhh!

Tu dia.......!Agak2 jangan terkurang nanti asyik makan kulit tak jumpa2 inti.Kalau terlebih inti,nanti masa goreng terkeluarlah pulak,koyak kulitnya.

Taraaaaa....ok tak cantik tak?Sepanjang hidup,dari zaman anak dara hinggalah dah jadi mak orang,inilah kali pertama buat sendiri karipap dan letih kot nak kelim kulit karipap.Karipap yang pertama tu kelakar kejap jadi kejap tak.Masuk karipap yang kedua baru dapat dah teknik yang betul macam mak mertua ajar.

Tengoklah tu ada yang ok ada yang pelik,janji masuk perut selamat dimakan hehehe.Tulah seronok sangat sampai lupa nak ambil foto karipap yang dah digoreng huwaaa....Syukur macam tak percaya dah berjaya!Saya siap beri pada mak dan keluarga rasa.Atok dan mak saya tu memang pakar memasak.Atok kata ok sedap kena berlatih lagi buat kulit karipap biar dah sejuk masih rangup.

Encik Hubby pula kata inilah first time merasa wife dia buat kuih ^^ itu perli ke pujian hahahaha!!!Mak saya terkejut bila saya beritahu saya uli pakai botol cencaluk.Mak kata bertuah punya anak,nasib baik tak termasuk isi cencaluk tu dalam doh masa uli.Tapi mak kata sedap,kalau jual mesti laku sebab ramai sukakan inti daging + kentang,kos kot daging mahal!Yang best tu kami siap bawa karipap dan buat teh 'o' ais bawa ke swimming pool di Presint 11,khas untuk Birthday Twin dan adiknya.

Oklah tahniah kepada korang yang memang handal buat karipap dan kuih-muih yang lain.Bukan senang rupanya.Tak pandai masak takpe janji ada minat dan rajin,jangan malas.Rasa seronok bila lihat keluarga tersayang menikmati hasil air tangan kita.Bak kata Dr Fadzilah Kamsah di WHI TV3 topik Air Tangan Isteri atau Air Tangan Ibu.Di tapak tangan kita ada no 18 kan dalam jawi?So ada 18 ENZIM yang keluar dari air tangan kita bila memasak.Oklah daa.......


6 comments

24/11/12 01:51

karipap..rindu nak kelim karipap..hehehe

15/12/12 19:47

macam tak percaya je tu 1st time klim karipap?? comel sangat

31/12/12 21:56

@luqman zakaria

wah bro tau kelim krpp juga mesti terror masak gak ni cayalah!

31/12/12 21:57

@Muslimah Optimis

slm sis hoho masa dh siap tu saya sdri x percaya.skrg nak belajar buat krpp pusing lak mau berpusing botol cencaluk tu sy buat

3/6/13 01:15

wah.. nnti boleh buat untuk kite..^^

3/6/13 01:32

@Gee GTG hahhaha alah segan lorrr...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...