0

Suasana Semasa Open Interview Di Malindo Air

13:30 |
Malindo Air
If you are looking for positions in the aviation industry,this is a great opportunity you shouldn't miss.Malindo Air invites all experience & non-experience candidates to our walk-in interview day for the positions of :

PILOTS/CABIN CREW/ENGINEERING/GENERAL POSITIONS(Marketing/IT/Finance etc) as follows:

Date : 01 Nov 2012-Thursday
          02 Nov 2012-Friday
          03 Nov-Saturday


Assalammualaikum semua!Alhamdulillah bertemu sekali lagi.Tak mau cerita panjang,ni saya nak kongsikan pengalaman saya bersama bekas officemate,mak dan juga kawannya.Kami teruja nak mencuba nasib di syarikat tambang murah terbaru di Malaysia-->MALINDO AIR.

Seperti yang semua tahu,Malindo merupakan syarikat kerjasama di antara NADI(National Aerospace & Defences Industries Sdn.Bhd) dari Malaysia dan PT Lion Group dari Indonesia.Siapa tak teruja sebab inilah satu-satunya syarikat kerjasama antara Malaysia & Indonesia.Apatah lagi Malindo akan memulakan operasinya pada Mei 2013 di KLIA2.

Kami datang pada hari pertama Open Interview iaitu 1 November 2012.Ramai staff MAS yang 'forward' kan e-mel kepada rakan2 untuk mencuba nasib.Kami datang seawal 8.30 pagi walaupun waktu sebenar interview dari 10 pagi - 4 petang.Punyalah ramai hinggakan saya dan kawan2 terpaksa beratur panjang.Dan sedikit pelik terlalu ramai lelaki yang datang..ni mesti nak minta pilot/cabin crew.Yang cabin crew perempuan punyalah comel lote kebanyakannya dari Airlines yang femes-femes tu,mereka nak cuba di Malindo pula.
Ini suasana semasa kami nak ambil borang untuk diisi mengikut jawatan dipohon.Kami minta General.Mak dan kawan meminta IT sebab semasa di MAS dulu,mereka bahagian IT,dan jawatan terakhir mak saya di MAS sebagai Cabin Planning Officer.Saya pula meminta Finance & HR dan juga berbekalkan pengalaman saya bekerja di MAS sebelum ini sebagai Customer Services Agent(CSA).

Hah...ini dia antara calon yang memohon pilot!Mereka punya borang siap ada 'test'.Masing2 bawa buku dan saya terdengar mereka sebut tentang IATA Code,jumlah jam penerbangan,sayap kanan,sayap kiri(??),dan mereka semua bawa kalkulator hinggakan saya terasa ni macam kat dewan peperiksaan!

 Yehaa ini x-officemate saya,Mira yang sibuk mengisi borang.Dia datang bersama adiknya.
 That's my mom bersama Aunt Z.Memang ramai otai yang mohon di Malindo Air untuk pelbagai jawatan.
 Makin lama makin ramai di luar.Sedangkan kami yang kat dalam dah macam sardin tersepit!
 Begitu semangat mereka semua ingin mencuba nasib.Kebanyakan mereka ni memang dah bekerja di KLIA dan bekerja dengan pelbagai Airlines.Mereka kiranya ingin mencuba angin baru.
 Tenangkan otak jap tengok luar.Ni area pintu gate B(Beta).Syarikat abah saya di gate C bangunan Satelite.
Betapa ramainya calon yang memohon pilot & technician.Kebanyakan mereka ni Fresh Graduates.Memang non-experience.Terbukti betapa ramai belia di Malaysia yang semakin bijak pandai,bukan terhad setakat menjadi akauntan,doktor,guru dll.
Ini suasana selepas saya dan kawan berjaya menempuh interview dengan pelbagai dugaan.Barulah staff Malindo ni letak meja di luar untuk calon mengambil dan mengisi borang.Foto terpaksa dikaburkan ^^.

Apa-apa pun saya gembira dapat juga melepasi saat-saat hebat berhimpit,bersesak dengan pelbagai ragam,kerenah,dan nasib baik semua yang datang pakai 'perfume' yang mahal so sampai ke petang bau elok je hahahhaha!Malindo Air syarikat yang baru nak bertapak di Malaysia dan harap akan menjadi syarikat penerbangan yang bersaing secara positif!Oklah daaa......




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...