0

5 Bulan 5 Lagu ~ Jeritan BATINKU!!!

03:38 |

Bulan September ~ WAKE ME UP WHEN SEPTEMBER ENDS (by Green Day)
Bulan Oktober ~ TRAGEDI OKTOBER (Wings)
Bulan November ~ NOVEMBER RAIN (Guns n Roses)
Bulan Disember ~ BACK TO DECEMBER (Taylor Swift)
Bulan Januari ~ JANUARI (Glenn Fredly)


Assalamualaikum.Apa kaitan bulan & lagu tu?Saya jarang kongsi cerita peribadi,apatah lagi yang sedih2 di blog ni,segan bin malu.Tapi kali ni tak salah rasanya,kan sebab saya pun ada kisah suka & duka di luar dunia realiti.Bulan & lagu di atas tu sebenarnya..sebenarnya..mewakili kehidupan saya sepanjang;


JOBLESS


Sebelum ni bekerja di syarikat vendor.Disebabkan syarikat penerbangan rugi,maka syarikat ciput2 menjadi mangsa.Suka ke tak,redha ke tak,saya diberhentikan kerja walaupun majikan dah memanjangkan tempoh perkhidmatan berbanding 2 orang kerani lain(mereka ditamatkan kontrak 5 bulan awal sebelum saya).

September 2012 merupakan bulan terakhir berkhidmat untuk syarikat lama.Oktober...dan bulan seterusnya memang payah untuk saya harungi.Blog pun saya biarkan bersawang hingga terdetik nak tutup je blog.Dalam masa sama saya tak putus asa mencari pekerjaan baik isi borang secara online,pos mengepos,dan ada juga saya hantar sendiri ke tempat tu.Sehingga malam tadi pun,saya tak jemu2 'apply online' untuk kerja kerajaan.

Macam tak percaya,dari November-Januari saya dah 'apply'sebanyak 27 job!Sepanjang hidup tak pernah saya mohon kerja sebanyak ni.Setiap bulan syukur ada je panggilan interview.Dapat 9 panggilan interview,4 daripadanya diterima untuk terus bekerja.Tapi saya terpaksa menolak sebab;

  1. Ditawarkan kerja sebagai kerani akaun di PAJAK GADAI CINA maaaa......
  2. Kerani Tadbir di syarikat peguam dengan tawaran gaji yang sangat rendah,jauh sedikit dari rumah,kos minyak,kos makan,bebanan kerja menimbun(ok lagi boleh tolak ansur) TETAPI kenaikan gaji cuma RM50.00 setahun ayoyo...
  3. Pembantu di kedai fotostat  ~masa ni saya redha dan sanggup tolak rezeki dan peluang itu kepada salah seorang bekas officemate saya.Yang saya rasa lebih memerlukan,sebab dia baik,anak yatim piatu,adik-beradik jauh,dan kebetulan kedai tu dekat dengan rumahnya.Tapi dia sempat kerja 2 bulan je sebab bisnes 'slow' huhu.
  4. Kerani tadbir di syarikat kargo ~ tawaran gaji bagus,kebetulan betul2 belakang office lama saya.TETAPI saya sorang je kerani perempuan,dan kena bekerja dengan 3 orang lelaki,duduk sebilik dengan Project Manager.Itu ok lagi.KENA JAGA BOS MUDA YANG BUJANG dan masa interview pandang saya macam nak telan gulpp!Owh tempat nak solat tak selesa sebab tiada tirai/pemidang disediakan.Tak macam office lama siap ada bilik surau.
Masa tu saya kecewa juga terpaksa tolak tawaran yang datang.Tapi saya masih simpan lagi SMS mak kepada saya sebagai penguat semangat menempuh hari2 sbg penganggur;

"Ly jangan risau,ly usaha ape yg ade,skg ly lg kuat sbb kita jgn bw 2012 ke thn ini.Mak pcya rzki kita semua mmg ade pd thn ini.Insya Allah mak dpt rskan..ly usaha apa shja,jgn pts asa,upgrade lg baca al-Quran,itu yg akn bantu ly,ingt...syaitan tu jht!goda hasut kita jd mls..pts asa..negatif..ooohhhh jgn biarkn itu tjadi..kena lawan.ajal,maut,jodoh,rzki,semua Allah dh agih2 kan pd semua umatnya,setiap umat ade buku tsendiri.baru awal thn,kita kena perah sgla kudrat kita,kuatkan emosi,mental n fizikal.mak yakin ly seorg ank yg cekal,pintar n teliti,insya Allah"


Syukur Jumaat lepas saya terjah pergi hantar resume,dan terus di 'interview' di satu syarikat logistik yang dah beroperasi 21 tahun.Itu pun kebetulan dapat tau dari seorang kawan.Dan syukur sekali lagi,Jumaat ini hari pertama saya di sana.Betul2 REZEKI HARI JUMAAT!Berakhir sudah pengangguran saya bersama LAGU kenangan.Kalaulah saya masih menganggur di bulan Februari,korang rasa lagu apa sesuai?GONG XI FA CAI......lorrrrr ^^



Subhanallah,syukur pada-MU Ya Allah.Masih ada pelangi rupanya untuk hamba-MU yang lemah lagi hina ini












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...