0

Asma' 66~Al-majid

23:14 |

MAHA MULIA

AL-MAJID,Yang Maha Mulia.Yang Memiliki Keluhuran,Maha Sempurna & Mulia sifat luhurnya.Tidak ada tempat,ketika atau peraturan yang boleh mengurangkan kemuliaan-NYA.

1-->Mendapatkan redha Allah
Baca Ya Majid setiap masa yang anda dapat setiap hari,insya Allah anda akan mendapat rahmat & keredhaan-NYA sentiasa.

2-->Memperolehi bijaksana
Jika anda seorang pelajar yang rajin,anda akan menjadi pintar & bijak berfikir.Anda tidak akan lupa nota pelajaran,insya Allah.Bacalah Ya Majid 400 kali sehari sebelum memulakan kelas,ulangkaji & sebagainya.

3-->Air untuk orang sakit
Baca Ya Majid sekurang-kurangnya 11 kali & hembus ke dalam segelas air,insya Allah orang yang sakit itu akan sembuh.Di samping itu,teruskan mengambil ubat jika telah biasa mengambilnya.

4-->Disayangi orang
Biasanya bila anda selalu membaca Ya Majid,orang akan sayang kepada anda,jiwa akan menjadi kuat & keimanan akan bertambah.




Salam semua.Alhamdulillah saya masih berkesempatan meluangkan masa untuk cuba melengkapkan kesemua ZIKIR ASMA UL HUSNA.Bukan saja untuk perkongsian dengan kawan blogger,tapi juga sebagai simpanan untuk saya sendiri.

Tenang sungguh rasanya jiwa saya di penghujung Safar ini.Semoga kedatangan Rabiulawal  menjanjikan pelangi dalam kehidupan kita semua,amin.Jangan lupa berzikir,ya.


Assalamualaikum











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...