6

Asma '67~Al-Wahid

23:19 |

MAHA ESA

AL-WAHID,Yang Esa,tidak ada sekutu bagi-NYA.Tidak ada yang serupa atau setanding dengan-NYA.Tidak ada anak atau isteri bagi-NYA.Dialah Tuhan Yang Maha Esa,Maha Kaya,Maha Hidup dengan sendirinya.


1~Terhindar dari kesusahan
Dalam hidup ini kita selalu dihimpit kesusahan & ada orang yang hidupnya lebih dipenuhi masalah dari merasa ketenangan & kebahagiaan.Hendaklah mereka membaca Ya Ahad Ya Wahid 1000 kali ketika dalam kesusahan,insya Allah mereka akan mendapat jalan keluar.Allah SWT sentiasa menghantar farishtaNYA(malaikat atau pembantu) bila kita memintanya.

2~Mendapatkan anak
Jika ingin mendapatkan anak dari isteri anda,bacalah Ya Wahidul Ahad 190 kali selepas setiap solat fardhu untuk satu bulan.Hendaklah juga anda berpuasa hari Isnin & Khamis dalam bulan itu & insya Allah isteri anda akan hamil berkat kesabaran anda.

3~Menghindari kekeliruan
Baca Ya Wahid ul Ahad di tempat yang asing & sunyi,insya Allah anda akan bebas dari kebingungan & ketakutan.

4~Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahid ul Ahad 11 kali sebelum anda keluar rumah,Allah SWT akan memperkenankan hajat anda.

5~Melawan racun
Baca Ya Wahid ul Ahad 101 kali & hembus kepada orang yang terkena gigitan binatang berbisa,insya Allah ia akan selamat.Tetapi pastikan juga ia telah mengikuti peraturan pertolongan cemas dengan sebaiknya.

6~Mengetahui rahsia
Baca Ya Wahid ul Ahad 1000 kali sehari di tempat sunyi,insya Allah pintu perkara-perkara ghaib akan dibukakan untuk anda.Wallahu'alam bissawab.


Alangkah indahnya hidup sebagai Islam.Di saat kesusahan,kesedihan,rasa bersyukur,gembira...kita boleh berzikir.Alunan 99 Asma ul Husna sentiasa basah meniti di bibir,tanda cinta kita sebagai hamba-NYA.Semoga bulan Rabiulawal,kita semua sentiasa menghargai apa yang ada ada,terlalu banyak nikmat Allah berikan sebagai umat Islam.Selamat berzikir :)


Assalamualaikum




6 comments

15/1/13 08:51

terimakasih byk2 for sharing all dis. mmg bagus utk I renung2kan dn seterusnya mengamalkannya. have a nice day sis. ^__^

15/1/13 10:44

@RedRose

alhamdulillah sama2....trm ksh smga pkongsian zikir ni dpt jd amalan kita setiap hr ^^

15/1/13 10:57

terima kasih share info berguna

Asmaul husna...serubu satu rahmat disebaliknya.. nice sharing..

15/1/13 23:19

@merahitujambu

alhamdulillah sama2

15/1/13 23:19

@Warna Warni Kehidupan

teruskan berzikir ye ^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...