2

Asma' 68~As-Somad

07:53 |
MAHA DIPERLUKAN



AS-SOMAD,tidak ada sesiapa atau sesuatu pun yang setanding dengan-Nya.Yang Maha Diperlukan bila kita dalam kesukaran dan memerlukan bantuan.Segala makhluk wajiblah sentiasa meletakkan keyakinan & harapan mereka kepada Allah SWT.

1~Menyelesaikan perbalahan
Ini berguna jika suami & isteri sedang dalam perbalahan atau berlaku antara ibu & ayah,abang & adik tidak bersefahaman ataupun antara kawan yang tidak berbaik.Bacalah Ya Somad 1000 kali & hembus kepada gula untuk dimakan oleh mereka yang terlibat,insya Allah mereka akan berbaik semula & perbalahan dapat diselesaikan.

2~Hajat dimakbulkan
Baca Ya Somad 313 kali dalam masa 3 hari di mana anda juga harus berpuasa,insya Allah hajat2 penting anda akan diperkenankan.

3~Mengembalikan barang yang hilang
Jika sedang dalam amalan membaca Ya Somad anda kehilangan sesuatu,insya Allah ia akan dikembalikan kepada anda.Ini patut dibaca bila anda sedang merantau membawa wang atau sebagainya.

4~Mendapat martabat tertinggi
Allah SWT akan mengurniakan anda dengan martabat yang tinggi di dunia & akhirat jika anda membaca Ya Somad 114 kali selepas Subuh.

5~Berlindung dari kemiskinan
Baca Ya Somad 40 kali sehari,insya Allah anda akan terhindar dari kemiskinan.



Di dalam hati manusia ada hajat & tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada-Nya & bermohon kepada-Nya.Kesentiasaan berzikir kepada-Nya adalah keikhlasan sebenar kepada-Nya~Nasihat Ibnu Quyyim



Selamat  berzikir




2 comments

30/1/13 11:04

tq info... :)

30/1/13 11:50

@♥ ROS ♥alhamdulillah slmt berzikir ye ^*

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...