2

Blogger Contengconteng Dengan 3 JIMI.....

10:00 |
Salam semua.Kali ni saya nak kongsikan seorang blogger yang cukup kreatif dengan komiknya.Kali pertama singgah,terus saya jadi pembaca setia di;



Saya dari kecil cukup suka baca komik!Di blog kepunyaan FADHLI HAMDAN (FH),korang mesti terhibur.Kebanyakan kisah hidupnya semasa kecil,mesti korang pernah lalui.Kenakalan & kepintarannya boleh korang baca di Kecik-kecik.

Bila dapat tahu pihak PTS sudah menerbitkan karya pertama FH,apalagi terus saya cari di kedai buku.Pada mulanya memang susah sebab terlalu baru di pasaran.Tetapi hati berbunga riang bila buku di tangan yehaaa!



Sukakan lukisan FH yang simple,comel dan rasa macam nak pinjam je tangan dia.Lukis banyak2 kat blog saya ni hah.'Font' yang digunakan pun comel.


Anak saya sukakan kedua-dua buku ni.Kelakar semasa JIMI didenda kerana melukis gurunya sebagai RAKSASA MISAI.


Komik sebenarnya banyak membantu anak2 untuk lebih berfikiran kreatif.Biarkan mereka bebas berimaginasi,pasti akan hasilkan impak positif bukan sahaja dalam akademik,begitu juga dalam kehidupan.Ibubapalah yang kena bijak memilih bahan pembacaan untuk anak2.

Kulit belakang pun ada sedikit lakaran kartun


Betapa susahnya masa tu saya nak dapatkan kedua-dua buku ni;


Popular di 9th Avenue,Nilai

MPH Alamanda

Buku ke-3 sudah ada di pasaran,tak sabar nak beli


& yang ini


.......geram sangat tengok Kucing The Cat



Jom terjah blog FH di contengconteng.com




2 comments

25/1/13 23:27

kreatif blogger ni

26/1/13 02:32

@the malay maledulu followers di blog FH x seramai skrg,makin ramai dh tau betapa comelnya komik dia.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...