19

Blogger Cute Mum di MHI TV3 ~ Derma Susu

08:51 |
Salam pagi semua!Buka je MHI tv3 hari ni,terus terpegun melihat rakan blogger yang dah lama saya 'follow'!Wah memang bangga melihat kesungguhan,Puan Nurul Uyun Mazlan.Lebih dikenali di dunia maya sebagai blogger,Cute Mum.Serba sedikit perkongsian dari MHI yang sempat saya lihat tadi;



Ahmad Fetri Yahya & Ustazah Zawiyah Hassan


Apakah akhlak memainkan peranan dalam pemberian susu ibu?Sifat tamak makhruh di segi hukum,apatah lagi sikap2 negatif lain.Bagi pasangan yang hendak mendapatkan susu dari penderma(ibu susuan),patut 'kaji' sama macam nak cari bini.Keturunannya,salasilah keluarganya..sebab itu akan mempengaruhi akhlak anak yang menyusu.


Susu merupakan makanan kepada bayi.Lihat sejarah bagaimana Siti Aminah pergi ke kampung untuk mencari ibu susuan Nabi Muhammad SAW.Halimatul Saadiah akhlaknya baik,sopan santun & mempunyai bilangan anak yang ramai.Ibu susuan beragama Islam boleh beri kepada anak bukan beragama Islam.


Terdapat ibu yang tidak mempunyai susu,ada penyakit berjangkit dan pelbagai masalah.Bagi ibu yang hendak memberi/menderma susu,kena menjalani rawatan dari segi kesihatan dan kebersihan semasa menyimpan stok susu.


Tahniah kepada Cute Mum kerana anda memang seorang ibu & wanita yang penyayang.Tahniah juga kepada suaminya,yang sentiasa menyokong usaha murni isteri tercinta.Semoga ramai lagi rakan blogger dapat menderma susu kepada bayi2 di luar sana yang amat memerlukan.
Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

Kelebihan menyusukan anak menurut Islam:

  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.
  • Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
  • Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
(Kredit info : MomLovBabyShoppe)



Wardina Saffiyah,di antara selebriti yang menyokong kempen penyusuan susu ibu.



Alhamdulilah,saya juga bangga & bersyukur kerana menyusukan sepenuhnya anak kembar saya,Irfan & Irdiena hingga mereka berusia 2 1/2 tahun.Malah tahun 2002 kami bertiga menjadi model untuk poster "Penyusuan Susu Ibu" di Hospital Putrajaya.Begitu juga anak bongsu lelaki saya,Danish Raziq disusukan sepenuhnya sehingga dia berusia hampir 3 tahun!

Suami juga banyak membantu dengan cuba memastikan saya mendapat makanan seimbang,cukup rehat & emosi yang stabil.Alhamdulillah berkat susu ibu sepenuhnya,ketiga-tiga anak saya mendengar kata,lebih rapat  & manja dengan saya.Tahniah kepada Cute Mum dan juga rakan blogger yang memilih untuk menyusukan anak sepenuhnya!!!Anda memang hebat!



19 comments

21/1/13 14:41

Usaha yg murni..dan bkn semua mampu melakukannya kan..

21/1/13 16:55

@Ujie

ye betul tu sis.smga ramai lg di luar sana yg mampu menderma spt cute mum.

21/1/13 20:44

mcm best je jadi mummy2
bile nak spai mse ni
hik3
brangan >.<

21/1/13 21:30

@Scya Lollita

hye sis insya Allah nnt sis jd ibu kpda anak2 yg comel,soleh n solehah amin ^^

21/1/13 21:34

wah... pestime dgr... ^^

21/1/13 21:47

@Santan Berlada

owh ye ke.hrp pglmn cute mum ni dpt mnarik lbh ramai lg ibu utk derma dan bg yg ada mslh pyusuan,blh cuba dptkan susu cara mcm cute mum tawarkan ^^

21/1/13 22:01

Alhamdulillah usaha yg sangat mulia. Tidak semua org mampu melakukan apa yang beliau lakukan... Semoga Allah memberikan segenap kebaikan utknya.

Keluar topik:
Blog saya dulu bila klik keluar bizniz web, pastu saya remove sebahagian widget yg ada...alhamdulillah.

Cuba link di bwh ini. Hrp2 membantu..

http://wanhazel.blogspot.com/2012/01/tutorial-blog-atasi-masalah-page.html

21/1/13 23:02

@abuikhwan

ye betul tu smga khdpn cute mum bersama family tersayang stiasa dilindungi Allah amin ^^

#owh trma ksh byk ye shbt utk link td suka2 ^*

22/1/13 08:01

kita pun susukan dotter kita sampai skg ni.
my Young-Lady tu dh masuk umo 3 thn pun, tapi xnk berhenti lagi.
Tapi bila menyusukan anak ni, I perasan yang anak akan lebih rapat and mesra dgn kita.
tak boleh berenggang.
seronok!

22/1/13 08:10

@RedRose

wah tahniah dpt BF utk anak.sy pun ms tu segan anak bongsu msh myusu padahal dh 3 thn tp skrg ni dia mmg manja sgt,kreatif & bijak ^^

22/1/13 08:40

alhamdulillah...psttt...atok dulu, maso kocik2 mak atok cakap atok menyuso dokek 3 tahun lebih...ngeee...

22/1/13 09:35

BF mmg baik....wah, bby kembar lelaki pmpn?sukanye rietta....sangat suka....

22/1/13 09:39

BF mmg baik....wah, bby kembar lelaki pmpn?sukanye rietta....sangat suka....

22/1/13 11:01

@Suhami Ahmad

hahahaha pocah rahsio atok!patutlah atok kreatif buek entri blog ngee ^^

22/1/13 11:02

@HeNRieTTa JoSe\\
alhamdulillah hepi dpt BF sepenuhnya ^^

nurulpun alhamdulillh sedang menyusukan sofia yang 1 tahun 6bulan dah..semoga diteruskan sampai 2tahun 1/2..salam singgah yea

22/1/13 15:02

@wan nurul hezrina abd halim

slm perkenalan ye sis nurul ^^.wah tahniah makin ramai ibu muda yg sedar betapa bgs n pentingnya BF ni :)

23/1/13 15:52

terima kasih yer buat entry nie..
harap ramai lagi yang sudi membantu anak-anak yang memerlukan..

23/1/13 16:42

@Cute Mumowh cute mum ^^.sama2.suka kgsikan apa yg terbaik spya lbh ramai berfikiran terbuka.ngra maju pun dh ada yg beri perkhidmatan mcm ni.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...